Assalamualaikum readers...
Hari ni saya nk kongsi dgn korang sebuah lg novel yg sy dah bace..cerita yg sgt menarik,byk konflik yg berlaku dlm kehidupan mereka dan mcm2 dugaan yg ditempuhi untuk mecari kebahagian.kalau dah memang ada jodoh,dugaan apa sekali pun yg berlaku akhrinya tetap akan bersatu jugak.Kreadit kpa penulis novel ni...sy suke novel "Kutemui Cinta" ni yg first sbb cerita yg sgt best dan yg second sbb novel ni sy beli bersama dia ...tettt..*_* buku ini akn mengingatkan sy pada awak...kreadit untuk awk jgak...hehe.. :) betul ke cinta boleh merubah seseorang??nk tahu ape konflik yg mereka lalui korang bace la sendiri..hehe
Adam anak orang kaya memiliki segalanya.Namun kerana kurang didikan agama dan kasih sayang,dia telah terjerumus ke dalam dunia keseronokan sementara.Kelebihan rupa paras yg dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis.Mulanya dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan budi pekerti halus gadis itu.Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi hafiz dan menjadi seorang pendendam.Pemergian Hafiz telah mengubah segala-galanya.Adam sedar akan hakikat diri dan mula berubah namun dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu. Terimakah Adam di hati Nadya?
"Nak sebut cinta dan suka tu memang senang Suraya.Tapi tak bagi saya.Cinta itu cuma mitos.Dan bagi saya,tak ada cinta yg berakhir dengan kebahagian.Saya takkan percaya lelaki semudah tu."-Nurul Nadya
" Sepanjang perkanalan kau dengan dia,aku tengok perangai dia biasa-biasa saja. Tak ada pulak dia tunjuk sebarang minat nak goda kau. Kau tu aje dari dulu beria-ria nak pikat dia. It's up to you nak mengaku ke tak, tapi dengarlah nasihat aku ni.Bukalah mata hati kau untuk melihat hakikat yg sebenar." -Azriel
"Nadya,saya tahu tak ada orang yang boleh gantikan tempat arwah Fiz.Dia sudah memiliki tempat paling istimewa di hati awak tapi tolong bukakan pintu hati awak untuk saya.Izinkan saya mencintai awak,jaga awak dan melindungi awak sampai ke akhir hayat saya." -Adam
2 comments:
comel la cover dia...besnya sue da xda klas,bole la spend brjam-jam baca novel huuu
cover comel citer pun best..:)
cuti sem nti naemah spent la bace..hehe
Post a Comment