Assalamualaikum semua... :)
Hari ni 31/1/2011 dah sebulan kite berada di tahun 2011,kejap jer kan..okey,hari ni cik sue nak kongsi novel yg cik sue baru habis bace...memang x rugi beli novel Penjara Rindu keluaran KN ni..bila bace novel ni kan cik sue gelak sorang2,senyum sorang2 lah,sedih pun ade,penangan cerita dalam novel jd macam gitulah...hehe:) cerita penjara rindu ni memang terbaik lah..cerita yang sgt menarik..tentang persahabatan,percintaan dan dendam yg mula menguasai diri apabila sesuatu yg diingin tidak menjadi miliknya dan sanggup melakukan apa sahaja...adakah bercinta selepas berkahwin akan memberi kebahagian??? nak tahu...korang beli and then baca...@_@
~Biarlah aku bebas mencintaimu
kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi....~
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.
Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.
Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?
No comments:
Post a Comment