Friday, January 7, 2011

Masih Setia

setiakah anda pada keluarga???setiakah anda pada teman anda???setiakah anda pada kekasih anda??? Tetapi hanya satu perkara yg perlu kite sentiasa setia dan terus setia iaitu kepada maha pencipta ALLAH SWT...
tajuk post keatas tu sebenarnye tajuk sebuah novel yg saya dh bace hasil karya Aisya Sofea..jalan cerita novel ni sgt menarik dan berbeza sedikt drpd novel yang sy bace sblm2 ni..seakan2 kite turut berada bersama di dlm ceritanye..nk tahu lg korang bace la...hehe


Miera gadis biasa yang hidup serba sederhana.Ada rupa,ada pelajran,ada cita-cita.Dalam menjalani kehidupan seharian,teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran.Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi lelaki pilihan yang ingin digandingkan dengan Miera.Namun miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda.Sekelip mata,percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi.Namun,disebalik peristiwa hitam yang berlaku,kehadiran DR.Malik mengetuk pintu hatinya.Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh.Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja.Jeling-menjeling,pandang-memandang.Jiwa terusik,hati bergelora hingga tanpa sedar,perasaan itu hadir tanpa diundang.Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi.Rudi yang mencintai, Dr.Malik yang diingini.Masakan dia memiliki kedua-duanya.Justeru,mana satu pilihan terbaik untuknya?


::selamat membaca::

No comments: