Monday, January 31, 2011

^_^ Penjara Rindu ^_^

Assalamualaikum semua... :)

Hari ni 31/1/2011 dah sebulan kite berada di tahun 2011,kejap jer kan..okey,hari ni cik sue nak kongsi novel yg cik sue baru habis bace...memang x rugi beli novel Penjara Rindu keluaran KN ni..bila bace novel ni  kan cik sue gelak sorang2,senyum sorang2 lah,sedih pun ade,penangan cerita dalam novel jd macam gitulah...hehe:) cerita penjara rindu ni memang terbaik lah..cerita yang sgt menarik..tentang persahabatan,percintaan dan dendam yg mula menguasai diri apabila sesuatu yg diingin tidak menjadi miliknya dan sanggup melakukan apa sahaja...adakah bercinta selepas berkahwin akan memberi kebahagian??? nak tahu...korang beli and then baca...@_@
  
~Biarlah aku bebas mencintaimu 
kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi....~


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.
Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.  
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.
Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Tuesday, January 25, 2011

cHocoLate

Assalamualaikum semua... Mulakan dengan senyuman :)

 Hari ini punya cerita :)
Tengahari tadi buka lah peti ais ni nak amik air..lepas tu ternampak lah beg kertas warne pink ade dalam peti ais..dalam hati ni duk fikir sape punye keje letak beg kertas dlm peti ni..dengan perasan pelik & ingin tahu, saya amik beg kertas tu bwak keluar...mak aiiii berat jugak bila diangkat,apelah isi kt dalam tu...bila tgk isi kt dalam,..jeng..jeng..jeng.. @_@
waahhhh banyakkk nye chocalate..rupanya abg edy (abang ipar) yg bg ole2 tu..org lain semua dh tahu..saya sorg jer yg ketinggalan sebab baru tahu...haha... saya sangat suke makan CHOCOLATE. (*_*)
~Thank you abang iparku...sue habiskan semua tu... :) ~



^_^ ThanK YoU! ThanK YoU! ThanK YoU! ^_^

Monday, January 24, 2011

Roti-Roti

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia untuk semua....

Hari ni pagi-pagi lagi dapat 1 panggilan telefon dr sorang perempuan..dgr pada suara perempuan tu lebih kurang sebaya mama saya,pandai2 jer saya teka umur orang kan.hehe :)
berbalik pasal pemanggil(mak cik) tu, dia telefon pagi2 just nak tanya cara-cara nak makan ROTI ARAB..
soalan pertama makcik tu tanya "mcm mane nk buat roti arab ni ye dik",terkejut jugak dgr soalan makcik tu,mane boleh bagitau kn,RAHSIA... ckit2 boleh la bagitau bukan sepenuhnya..saya senyap jer..hehe.Makcik tu silap tanya rupenye,katanya baru first time dia beli roti arab ni.excited sgt kot makcik ni nak makan roti arab tu,sampai mcm tu sekali..haha..itulah ragam manusia..^_^
Mak cik tu sebenar nak tahu roti arab yg dia beli itu dah masak ke belum sebab nampak putih semacam jer macam makanan segera katanye dan makcik tu tanya lagi mcm mane nak makan roti besar mcm tu..sape2 tgk pun akan tanye mcm tu gak..roti tu dah masak sebenarnya & boleh dimakan begitu saje..:) sbg pembantu pembuat roti arab,cheewahhh...haha...saya terangkan pada makcik tu satu per satu cara-cara hidangan bersama roti arab.macam itulah macam inilah..bla..bla...kata makcik tu,dia dh terbayang2 org arab yg buat..hahaha (gelak dlm hati jer)..saya keturunan arabkah??@_@
ternyata banyak jugak makcik tu tanye.."customer it's always right" betul x..customer tanye kite jawab..ape-ape pun saya hargai pertanyaan "makcik" dan lain kali belilah lagi :) 
Sape2 yg rasa nak makan ROTI ARAB boleh beli di  Sabasun HyperRuncit



>>----> Roti Arab Sejati "Putih Gebu-Gebu"<---<<

Friday, January 21, 2011

lalui dgn sabar...

Sakitnya kepalaku ni ditambah pulak dgn  rase berdenyut2 dicampur pulak dgn selsema dan sakit tekak..cukup untuk satu pakej kali ni..huhu.."Ya ALLAH berikan aku kekuatan"  
cuaca sekarang ni kan x menentu,kejap2 hujan kejap2 panas..so,kene banyakkan minum air masak kurangkan minum minuman berais..kalau di fikir2 kan semula,sepanjang duk kat rumah ni memang jarang minum minuman berais ni..:)dah nak kene pusing ikut mane sekali pun kene jugak kan.. 
Jage adik nurin(anak saudara) yg demam sekali dgn pengasuh adik ni lak yg demam,huhu...adik demam rindu kt papa adik ye..cepat sembuh ye adik,nanti cik de belikan aiskrim,coklat untuk adik ye..(^_^)

Nurin Irdina Qaisara
"bile papa adik nk balik ni.." 

ari ni....demam daa


>>--> Cepat sembuh adik,nanti bleh menari chicken dance lagi...:)

Thursday, January 13, 2011

Kutemui Cinta

Assalamualaikum readers...

Hari ni saya nk kongsi dgn korang sebuah lg novel yg sy dah bace..cerita yg sgt menarik,byk konflik yg berlaku dlm kehidupan mereka  dan mcm2 dugaan yg ditempuhi untuk mecari kebahagian.kalau dah memang ada jodoh,dugaan apa sekali pun yg berlaku akhrinya tetap akan bersatu jugak.Kreadit kpa penulis novel ni...sy suke novel "Kutemui Cinta" ni yg first sbb cerita yg sgt best dan yg second sbb novel ni sy beli bersama dia ...tettt..*_* buku ini akn mengingatkan sy pada awak...kreadit untuk awk jgak...hehe.. :) betul ke cinta boleh merubah seseorang??nk tahu ape konflik yg mereka lalui korang bace la sendiri..hehe


Adam anak orang kaya memiliki segalanya.Namun kerana kurang didikan agama dan kasih sayang,dia telah terjerumus ke dalam dunia keseronokan sementara.Kelebihan rupa paras yg dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis.Mulanya dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan budi pekerti halus gadis itu.Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi hafiz dan menjadi seorang pendendam.Pemergian Hafiz telah mengubah segala-galanya.Adam sedar akan hakikat diri dan mula berubah namun dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu. Terimakah Adam di hati Nadya?

"Nak sebut cinta dan suka tu memang senang Suraya.Tapi tak bagi saya.Cinta itu cuma mitos.Dan bagi saya,tak ada cinta yg berakhir dengan kebahagian.Saya takkan percaya lelaki semudah tu."-Nurul Nadya

" Sepanjang perkanalan kau dengan dia,aku tengok perangai dia biasa-biasa saja. Tak ada pulak dia tunjuk sebarang minat nak goda kau. Kau tu aje dari dulu beria-ria nak pikat dia. It's up to you nak mengaku ke tak, tapi dengarlah nasihat aku ni.Bukalah mata hati kau untuk melihat hakikat yg sebenar." -Azriel

   "Nadya,saya tahu tak ada orang yang boleh gantikan tempat arwah Fiz.Dia sudah memiliki tempat paling istimewa di hati awak tapi tolong bukakan pintu hati awak untuk saya.Izinkan saya mencintai awak,jaga awak dan melindungi awak sampai ke akhir hayat saya." -Adam

Sunday, January 9, 2011

Kenangan mengusik jiwa

Assalamualaikum readers...
Sudah beberapa hari  hujan turun bagaikan tiada tanda untuk berhenti,cuaca yg sejuk dingin ni membuatkan diri ini terase nk lepak saje di dlm bilik...sambil2 layan lagu  sorang2 tiba-tiba kenangan sewaktu praktikal dan bersama teman2 menerjah di fikiran.Laju shj jari menaip utk megisi ruang disini.
Bila diingatkan semula time LI dlu mmg seronok,kdg2 ade juga rase boringnye..hehe..first day nak mula LI biase la kene lapor diri dlu kt HR ,jmpa dgn staff yg menguruskan std LI ni..lpas introduce sume2,time tu jgak sy diberitahu  ditempatkan di DR Division Department..and then,dia bg  sebiji safety helmet ,kad OJT  dan form kene prg amek jaket dan safety shoes kt warehouse..ingatkan DR Division dekat saje dgn HR sebelah meyebelah mcm tu jer,rupe-rupenye jauh di blkg sane..staff HR just bg peta saje jlan untuk kesane,dgn prasaan berdebar2 dan sedikit takut sy berjaln kaki saje ke sane,bila dh jmpa bgunan DR,terkejut gak tgk keadaan bgunan tu,dlm kpala dh fikir mcm2 “kt sinikah ak wat praktikal selama 6 bulan...huhu”,bila dh msuk dlm ofis DR jauh sekali jangkaan sy..bak kata org “don’t judge a book by its cover” biase la kwasan kilng mmg byk habuk lg2 kilang wt besi..korg fhm2 la cm ne keadaan bgunan tu,hehe.Jumpa dgn penyelia industri iaitu Pn.Zaimah n kenal2 dgn staff ofis DR..kt ofis DR staff lelaki lebih ramai,staff perempuan 8 org sahaja...Sepanjang 6 bulan berada di DR Division mcm2 perkara sy belajar,buat web portal,e-data dan bayk lgi..dpt improve cara pergaulan sy dgn staff2..berdisiplin..berdikari.Pengalaman yg paling suke time masuk kilang dan bilik control room..first time prg control room kene panjat tangga tinggi jugak la sbb lif rosak,prg yg second tu naik lif,dri blik control room leh tgk pemandangan pantai dr jauh..cantikk!! yg paling penting kakak2 kt ofis sume sporting...rindu la kt kak mira,kak fatin dan sume2 la,yg penting pd penyelia sy yg sgt baik & slalu tlg saya diwaktu sy memerlukan pertolongan... :) cukuplah stakt ni shja,kalau nk cerita kisah selama 6 bulan tu mmg byk sgt… *_*


Jamauan raye...

Jamuan Raya DR

makan2 kt bilik kak murni..hehe

>----> *_* TQ kpd semua staff DR Division yg sentiasa memberi tunjuk ajar & sokongan kpd sy selama  menjalani Latihan industri di sana *_* <---<




Friday, January 7, 2011

Masih Setia

setiakah anda pada keluarga???setiakah anda pada teman anda???setiakah anda pada kekasih anda??? Tetapi hanya satu perkara yg perlu kite sentiasa setia dan terus setia iaitu kepada maha pencipta ALLAH SWT...
tajuk post keatas tu sebenarnye tajuk sebuah novel yg saya dh bace hasil karya Aisya Sofea..jalan cerita novel ni sgt menarik dan berbeza sedikt drpd novel yang sy bace sblm2 ni..seakan2 kite turut berada bersama di dlm ceritanye..nk tahu lg korang bace la...hehe


Miera gadis biasa yang hidup serba sederhana.Ada rupa,ada pelajran,ada cita-cita.Dalam menjalani kehidupan seharian,teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran.Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi lelaki pilihan yang ingin digandingkan dengan Miera.Namun miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda.Sekelip mata,percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi.Namun,disebalik peristiwa hitam yang berlaku,kehadiran DR.Malik mengetuk pintu hatinya.Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh.Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja.Jeling-menjeling,pandang-memandang.Jiwa terusik,hati bergelora hingga tanpa sedar,perasaan itu hadir tanpa diundang.Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi.Rudi yang mencintai, Dr.Malik yang diingini.Masakan dia memiliki kedua-duanya.Justeru,mana satu pilihan terbaik untuknya?


::selamat membaca::

Tuesday, January 4, 2011

...2011...

Pejam celik pejam celik dh masuk thun baru...ari ni 4/1/2011,hari ni ari keempat dlm tahun baru,msih blum terlambat lg untuk ucap Selamat Tahun Baru 2011.. :)
*_* Welcome 2011 *_*
Kejap saje mase berlalu..hari berganti hari,bulan berganti bulan tahun 2010 dh menutup tirai. Segala cerita suka dan duka akan ku jadikan sebgai memori yg terindah. kate org pengalaman yg kite lalui menjadikan kite lebih matang...setiap ape yg terjadi ade hikmah disebaliknye...
moga2 di tahun baru ni memberi ketenangan dan keamanan pada kite semua dan dpt melalui liku-liku kehidupan dengan bahagia...amin.. ^_^