Saturday, February 23, 2013

Kembali bertamu

Assalamualaikum =))

Wooww sudah hampir 2 bulan tak update belog ni,bila cuti balik rumah memang akan automatik malas nak online tak tahulah kenapa,buka pun kejap-kejap je tapi yang sentiasa on ialah twitter,haha (penipu kan) balik kampus ni memang sentiasa online..sekarang baru first week for new semester, bahang kerinduaan dirumah pun masih lagi terasa,hehe..apapun perjuangan harus diteruskan kan,bagi semangat untuk diri sendiri =)

Cuti selama sebulan..dapat banyak invitation walimaturus daripada saudara-mara dan kawan-kawan..yg penting kawan2 yg sebaya dengan sy ramai dh berkhawin & bertunang,pada kawan2 yang baru khawin tu "selamat pengantin baru ,semoga bahagia hingga ke syurga..syurga cinta"  bila pergi majlis kawan2 ni kan,soalan yg wajib akan ditanya "kamu ni bila lagi nak langsung,nanti jangan lupa jemput ye", sedara-mara pun same jugak suka tanya macam tu,mampu bagi senyuman manis jer..hehe..
doa-doakanlah ye yang baik2 =)


salah seorang kawan yang khawin waktu cuti baru-baru ni

Cuti hari tu ada la buat kek puding karamel pelangi,percubaan pertama uolls..buat kek tu khas untuk mak tau,ada sepanjang minggu tu bila mak balik kerja selalu cerita pasal kawan dia tempah kek karemel puding tu,kata kawannya kek tu sedap,makan banyak pun tak rasa muak.sy dengan senang hati suruh mak tempah je habis cerita..haha,anak selalu nak yang senang je kan..mak cakap nak tempah kena pergi rumah orang yang buat kek tu,lepas tu mak bagi cadangan..apa kata kita try buat sendiri cari resepi dalam internet,tengok jadi ke tidak..
dengan semangat cari resepi,bila baca makkk aiii panjang benor cara nak buat tu (malas nak buat),tapi bila difikirkan balik apalah sangat sebijik kek tu  bukan susah & penat sangat pun buat kek tu,berbanding dengan mak yg selalu masak setiap hari lagi penat tau..rasa sangat puas hati dapat buat kek yg mak nak makan sangat dan terlebih happy bila kita dapat buat parents kita happy..akhirnya dapat makan kek buatan sendiri daripada beli..untuk mak & ayah apa saja pun boleh buat *big hugs*


resepi kek puding karamel pelangi nanti sy share di post yg seterusnya ^_^


No comments: