Sunday, December 30, 2012

Gambang Water Park


Assalamualaikum …
Musim cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, maka waktu macam ini ibu bapa sedang sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak diaorang. Sepanjang cuti persekolahan ini, family ada la plan nak bawa adik-adik pergi jejalan ,senang citer the whole family ..Sebenarnya nak pergi Cameron Highlands,yang over excited abg2 I uolls tapi plan tu terpaksa dibatalkan diatas sebab2 tertentu,next time kita pergi ye. Untuk tidak mengecewakan adik2 ni (abg2 ni xkisah sgt sbb dh besar kan,haha) sebab dah janji nak bawak pergi jejalan kan ciksue suggest kat family bawak diaorang pergi main kt Gambang Water Park sementara tu bolehlah guna baucer diskaun untuk tiket masuk,bila lagi kan nak guna asyik simpan dalam laci meja je,lagipun habis bulan ini baucer tu dah expired..maka gunalah peluang yang ada..1 baucer diskaun tu untuk 6 tiket, dapat separuh harga.. memang berbaloi..



Sampai je kat sana..tekejut den tengok kereta berderet2 parking kt bahu jalan,rupanya parking kat dah penuh,maka kiteorang pun kene park dekat bawah,pastu jalan kaki je naik atas..tengok kereta banyak mana dekat luar dah boleh agak dah pengunjung2 kt dalam water park ramai mana..almaklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai la,masuk kat dalam jalan pun sampai terhimpit-himpit..





budak perempuan kecik pakai baju pink tu anak saudara ciksue, kemana pergi wajib bawak dia nih..sanggup tinggal mama & papa dia..cucu sulung lah katakan,kemana saje bawak je..hehe





ramai sangat penghujung,sampaikan dalam air tu nampak kepala orang je,haha..pelampung pun tak bergerak sangat sebab terhimpit2 sebelah kiri,kanan,depan dan belakang..datang waktu orang ramai macam ni best tau,sebab boleh berebut-rebut..haha..part tu memang seronok..lepas tu tengok gelagat orang2 kat situ..kih3


Imam kepenatan main air,mata dah tak boleh nak buka sebab ngatuk sangat..nak senyum dah tak larat, bagi susu pun tak nak minum...last2 tidur macam tu je..Iman Asyraff anak saudara kita yang ketiga.. =)



Golongan lelaki dalam gambar tu main sampai tak ingat dunia, diaorang main kat bahagian atas yang ada 6 lane racer slide, crystal slide, galaxy slide & seangkatan dengan nya..sorry ye tak sempat nak snap korang kat atas tu,haha. puas kat atas sambung pulak kat bawah,masuk pagi keluar petang..tengok muka nurin pun dah lemau,seharian duk main air..


taraaa...pasangan merpati sejoli itu adalah orang yang paling kita sayang sekali *big hugs*,iaitu mak & ayah kita,anak punya pasal diaorang turutkan saja..ayah kita walaupun garang tapi suka buat lawak..hehe..ok,setakat ni saja kisah percutian kami sekeluarga.Kejap2,nak bagitau ni..ciksue duduk kat daerah Gambang hampir 4 tahun,baru 2 kali masuk kt water park ni,first masa awal2 pembukaan tu yang second dengan family ni lah..dari UMP gambang nak ke Water park tu dekat je,tapi bila dah dekat macam tak terasa pun nak pergi selalu..hehe
eh kejap ada satu lagi, nak cerita pasal makanan kat dalam water park ni..makanan kat dalam ni mahal sikit, setakat nak beli air tin tu ok lagi la..sebaiknya sebelum masuk tu isi perut dulu kenyang2..hee

**pada anda semua,jika ada masa kelapangan bawalah anak-anak dan keluarga berhibur di Gambang Water Park ini..chewahh tukang promote pulak,hehe**

okey..daaa..Assamulaiakum.. ^_^

Friday, December 21, 2012

Waktu Kemuncak

Assalamualaikum...

Hai semua...tengah2 sibuk buat tugasan sempat lagi kan nak update blog ni.. takde la,kerja semua dah siap tunggu pagi esok je nak sumit kat lecturer,banyak benda nak share kat sini tapi waktu tak mengizikan maklumlah minggu last kuliah ni banyak kerja yang kene siapkan sebelum cuti study week. lepas selesai semua kita share ye anak-anak,hehe.."sharing is caring" kan2.. study week nanti nak study untuk final exam pulak kan. waktu kemuncak nilah yang kene submit report , assignment, ada presentation, test dan macam-macam lagi..petang tadi baru selesai dengan Business Meeting Presentation, esok ada satu lagi presentation sedang menunggu..hadapi dengan senyuman dan jangan stress ye shuhada untuk masa depan jugak, bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian...






Tuesday, November 20, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum...

Seminggu balik bercuti dikampung maknanya bercuti jugakla daripada online semua ni kekadang ada on kejap tapi tak sehebat bila berada di uni,hehe..ikutkan hati ni memang taknak balik lagi sebab tak puas lagi santai-santai dirumah,semua orang macam tu kan bila dah balik rumah..ehhh tajuk entry pasal apam sempat lagi pusing cerita tang lain dulu..biasalah uoll ^_^



sebenarnya ni first try buat apam polkadot tu ada yang tenggelam timbul tu, yang jadi macam itu sebabnya ada letak penuh adunan dalam acuan,ada yang letak tak berapa penuh..buat dengan adik-adik jadi suka suki diaorang je nak letak banyak mana adunan dalam acuan tu dan buat corak dot-dot ikut suka jugak..yang penting boleh makan kan..bak kata pepatah don't judge book by its cover..tengok je rupa kat luar macam tu tapi bila rasa ummpp sedappp..amboi puji diri sendiri pulak kan ko jah,haha...

Apam polkadot ni salah satu hidangan masa buat jamuan hari lahir adik bongsu minggu lepas daripada beli baik buat sendiri kan,satu lagi ayah kiteorang tak berapa makan kuih yang beli dari kedai biasanya kiteorang buat sendiri kalau rasa nak makan..apam polkadot ni sememangnya disukai budak-budak mungkin pada warnanya dan rasa manisnya..kenapa sy cakap macam tu??? sebabnya apam polkadot yg gambar kat atas tu habis budak-budak yg datang makan..aishh puji diri sendiri lagi kan,hahaha..gurau je okey..so korang semua pun boleh cuba buat jomm try resepi kt bawah ni..


Apam Polkadot

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan tepun penaik
Jem strawberry
Pewarna yg disukai

Cara
1.    Panaskan pengukus
2.    Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih dalam 8-10 minit sahaja
3.    Masukkan susu segar, gaul sebati
4.    Masukkan tepung, sebatikan
5.    Bahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna yg disukai. Isikan adunan ke dalam beg plastik utk memudahkan mengisi dalam acuan. Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan 9boleh guna acuan lompang atau tat)
6.    Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudia masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi acuan keatas jem td sampai penuh. Hiaskan dot-dot keatas adunan
7.    Kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.


sumber http://dapur-mamasya.blogspot.com/



Wednesday, November 7, 2012

Limited Edition


Apa pendapat korang dengan kenyataan diatas..setuju atau tidak?? Orang yang tak couple ni tak semestinya tak laku tetapi cintanya hanya untuk yang berhak kerana ALLAH...
salahkan bercinta?? Cinta ini sebenarnya luas maksudnya, yang  utama Cinta kita kepada DIA ,cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga dan suadara mara,cinta pada barang kesayangan kita.Bercinta ni tak salah tapi perlulah berlandaskan syariat islam..sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah yang cukup indah jika  diletakan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada insan yang tepat dengan cara yang benar...
Setiap orang ada pendapat masing-masing mengenai bercouple dan bercinta ni..saya tak nak cakap lebih-lebih sebab saya pun bukannya ada pengalaman sangat dalam bab bercouple ni,emm yeke?? tetapi ada jugalah kadang-kadang dengar cerita daripada pengalaman kawan kawan yang terdekat..hehe..anyway bagi saya Bercinta lepas nikah lagi sweet ❤ 


Tuesday, November 6, 2012

CintaMu Tuhan



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Monday, November 5, 2012

Pahang Open

Assalamualaikum..
Pengalaman yang ada dapat mematang kita dan memberi pengajaran dimasa hadapan,sekali lagi ciksue terlibat dengan event badminton Pahang. so,pengalaman yang dikutip masa game Sukma baru-baru ni kita bawak ke event seterusnya... walaupun event ini sudah berlalu hampir sebulan tetapi nak share jugak kat sini,nampak sangat up to date kan..Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank-Terbuka Pahang 2012 telah pun berlangsung pada 9-13 Oktober yang lepas,tugasan yang dapat lebih kurang sama sewaktu di SUKMA Pahang sebagai petugas teknikal jugak...
Bertemu kembali dengan sebahagian pemain yang bertanding di waktu SUKMA,pada pandangan ciksue Kejohanan ni tak semeriah segempak macam game sukma..sebab apa?? sebab game sukma nak tengok boleh masuk free,yang Pahang Open ni kene bayar okeyyy..takkan semua nak free kan,tak untung la macam tu..hehe..tapi ramai je yang datang bagi sokongan...kena sokong sukan Malaysia ni baru pemain bersemangat nak bermain..^_^
Sehari sebelum kejohan berlangsung, ada satu majlis makan malam bersama pemain,penasihat kejohanan,petugas dan semua yang terlibat..jom layan gambar yang sempat snap,setiap gambar ada jalan ceritanya kan...padahal dah mls nk taip   :)












Saturday, November 3, 2012

For You




We've known each other with full of promises,
we've built our bond with full of hopes,
but now i know our bond is far from HIM blessing,
I'm releasing this bond our bond,
it's not only just for you
But..it's for ALLAH our true LOVE,
if you're destined for me then INSYAALLAH
ALLAH will make us together 
If not ...INSYAALLAH...
Believe in Him
For ALLAH always knows what better for us...

Oh My Mandarin!

Assalamualaikum...

Hai uolls...sudah lama tidak mengupadate cerita kat sini kan,sibuk la katakan..yang pasti sibuk nak Raya,sibuk dihari Raya..^_^.. Beraya la sangat kan sampai assigment semua tolak tepi,haha..balik universiti je mulalah kelam kabut nak siapkan itu ini,campur pulak sepanjang minggu ini ada test,presentation,oral test mandarin,mock job interview...inilah kehidupan sebagai pelajar universiti..malas nak tulis panjang2 sebenarnya,haha..untuk pendekkan cerita..ciksue nak ajar anda-anda semua speaking Mandarin boleh???

nak share ilmu yang ada...jommm!!
Untuk yang first ni kita belajar pasal Travel tau...

lǚ xíng 旅 行 (Travel)

guó jiā 国家 (Negara)
É luó sī (俄罗斯)= Russia
Zhōng guó (中国) = China
Tài guó (泰国) =Thailand
Xīn jiā pō (新加坡) =Singapore
Wèn lái (汶莱) = Brunei Darulssalam
Ào zhōu (澳洲) = Australia
Niǔ xī lán (纽西兰) =New Zealand
Hán guó (韩国) = South Korea
Rì běn (日本) = Japan
Jiā ná dà (加拿大) = Canada

jiāo tōng gōng jù 交通工具 (Transport)
fēi jī 飞机 = Aeroplane
bā shì 巴士 = Bus
jiǎo tà chē 脚踏车= bicycle
dé shì 的士 = taxi
chuán 船 = Ship
Diàn dān chē 电单车 = Motorcycle

Q:Nǐ qù nǎli?
   你 去 哪里? 
   Where are you going?

A:      Hán guó
    我   去   韩   国
   Im going to South Korea

Q:Nǐ zěn me yàng qù nǎ li?
   你 怎   么   样   去  哪里?
   how did you go there?


A:Wǒ zuò Fēi jī qù Hán guó
   我   坐 飞 机   去 韩   国
   I go to South Korea by plane


cukup dulu setakat ini..nanti saya post lagi ye.. :)
Selamat Belajar...tak rugi belajar banyak bahasa kn...

Friday, October 5, 2012

Mesti Miliki

Assalamualaikum..
 
 Nak sangat buku ni..tapi tak dapat miliki lagi..ada tak sapa2 nak bagi hadiah ke..hehe
  • wishlist..



Sunday, September 30, 2012

Lonely

Assalamualaikum.....

Bosannya duduk dalam bilik ni sorang2, dari Diploma sambung pulak ijazah ni fist time duduk kat hostel Ump dapat bilik untuk dua orang saja...duduk bilik macam ni memang seronok jugak ade privasi sikit...ehhh macam pelik je bunyi tu,haha...tapi bila salah seorang daripada kitaorang ada program diluar atau balik kampung maka tinggal lah yang sorang lagi tu terkial-kial dalam bilik..bosannnnn....semester sebelum ni,ciksue dapat satu bilik 4 orang,jadi bile sorang balik ke ada lagi yang lain kan....macam sekarang ni,sudah 4 hari saya ditinggalkan oleh roomate tercinta..sebok2..booossannn giler nasib ditahap yang boleh dikawal lagi,hahaha...tak ada geng nk borak,kacau,gosipppp gitu...^_^
Mari kita berkenalan sikit dengan roomateku yang terchintaaa..tak kenal maka tak cinta kan3...sila rujuk gambar dibawah yee...

Nama: Nurul 'Izzati bt Mohamad Nawi
Nama samaran: cikJa
Asal: Kedah
 Hobi: suka usik orang..bila dtg mood jiwang dia karok sorang2 @_@
warna kegemaran: pink..
status: single lagi..:)

sekarang ni cikJa kita tu ada program kat kedah dan perlis..jadi fasilitator untuk pelajar sekolah rendah...wahai cikJa yang tersayangg cepatlahhh balik,roomatemu ni sudah kerinduan,kebosanan baa...

sampai sini dulu la..nak sambung buat keje pulak..bye!! 

*//kepada cikja kalau baca entry ni senyum okkk...hehe






Ikhlaskan hati

Assalamualaikum....


MAAF...perkataan yang sering kita dengar tetapi kadang-kadang sukar untuk kita melafazkan perkataan itu apabila mengingati kembali hati yang sudah terguris dan disakiti,tapi apakah kita mampu untuk menyimpan perasaan dendam dan benci untuk selamanya..adakah dengan cara itu dapat memuaskan hati kita untuk selamanya dan siapakah kita untuk menghukum seseoarang itu...

Apabila melafazkan kemaafan perlulah dengan hati yang ikhlas jangan hanya dibibir mengucapakan maaf untuk menyedapkan hati orang kita maafkan sedangkan pada hakikatnya di hati masih meyimpan perasaan marah dan sebaliknya..melalui pengalaman yang lalu telah banyak memberi pengajaran kepada diri ini..


Berulang kali hamba Allah seorang ini memohon kemaafan...setiap kali itu juga saya mengatakan saya memaafkannya..saya maafkan..saya maafkan...kata orang,bila orang bertanya kita kena jawab,tetapi apa yang saya rasa hanya Tuhan saja yang tahu..perkara ini berlalu begitu saja sehingga pada satu saat itu terdetik dihati ini untuk meluahkan yang terbuku selama ini dan saya dengan hati yang terbuka menerima kemaafan itu..Ya ALLAH,  rasa terkeluar semua apa yang disimpan bersama air mata yang berlinangan...hati ini rasa tenang saja..terima kasih ALLAH,telah melembutkan hati ini.. ^_^ sekarang kami masih lagi berhubung dan menjadi kawan yang terbaik disisi ALLAH...Tutup kisah lama yang boleh jadikan pengajaran dan buka buku baru...

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang dan berdendam,kita tidak mendapat untung apa-apa pun,malah akan terjerumus dlam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH..ingatlah,setiap yang berlaku adalah ujian dan dugaan untuk kita dan pasti ada hikmah disebalik perkara yang berlaku...



Ikhlas dari Shuhada...^_^




Friday, September 21, 2012

Coming Back

Assalamualaikum....^_*

Sudah banyak kali try and error password blog ni akhirnya dapat juga Login, Alhamdulillah..apa nak jadi ni daa password sendiri pun lupa,bukan apa biasanya password dah sedia klik "Remember my password" jadi lepas2 ni tak payah nak masukkan lagi..bila lappy dah rosak ni banyak password yang tak ingat kene remember sendiri pastu mulalah tenung,renung nak bagi ingat password,lain kali kene tulis kat buku semua password ni..hehe..

Ikut hati banyak benda nak post,nak cerita pasal hari raya lah dan macam2 lagi tetapi disebabkan lappy rosak terbengkalai semuanya..hampir 6tahun lappy Acer berkhidmat untuk ciksue akhirnya kene cari pengganti baru daa,sayangggg nyeeee...so ciksue cerita yang benda latest saje je ehh...sekarang ciksue dah mula semester baru di mana lagi kalau bukan di UMP tercinta gituuu,ni sudah masuk minggu kedua semester baru dan bermulalah kehidupan yang dipenuhi dengan assignment,project,presentation dan seangkatannya..pejam celik pejam celik dah masuk tahun 3 kejap je kan...
16 september cuti umum kan,so dapat cuti lama cikit sebab foward ke isnin..buat apa cuti lama tu?? bajet nak balik Terengganu tapi tak jadi pulak..so,ciksue & de geng jalan-jalan ke Cameron Highland...ambil mood study jauh kan,haha... 
dari gambang->cameraon highland->K.L->gambang...apapun memang seronok walaupun penat..













sampai sini dulu lah..nanti kita share story lain pulak ek..
daa....







Thursday, August 9, 2012

PengalamaN & KenangaN

Salam Ramadhan...


Haai readers...ingat tak entry sebelum ni ciksue ada cerita pasal surat perlantikan petugas SUKMA,bukan surat cinta ye kawan2..siapa yang baca mestilah tahu kan..sekarang ni baru ada masa nak bercerita sikit pasal SUKMA PAHANG baru-baru ni walaupun dah berminggu-minggu event tu dah habis tapi  memori masih kuat ni..maklumlah bulan puasa ni sibuk sikit,sibuk sangat la kan... o_O

SUKMA PAHANG ni telah berlangsung dari 7 Julai - 16 /7/2012...bertugas di bahagian sukan badminton sampai 15hb saja..2 hari sebelum SUKMA dah kene lapor diri maknanya 5/7 dah kene lapor diri di Sri Manja Boutique Hotel dan hotel itu jugak la menjadi tempat penginapan kami sepanjag SUKMA berlangsung..dalam 11 hari berkampung disitu..hotel ni dekat dgn veneu pertandingan tempat kitaorg bertugas..hotel sri manja ni pun baru je buka sebenarnya...





ini laluan harian selama 11 hari...kadang2 lepak kt lorong tu..haha
main ketuk-ketuk pintu bila bosan..haha..
satu kenangan tercipta..^_^

11 hari tu rasa macam lama sgt kan tapi bila dah mula bertugas kejap je 11 hari tu,macam2 cerita ada itu la ini la...bak kata orang hadapi dengan senyuman je la kn, nak cerita panjang2 pun nanti bosan pulak kan..so kite ringkaskan saja ye...
Sehari sebelum bertugas tu ada taklimat pasal tugas la,hehe..dapat baju dan tag nama sebagai Petugas Teknikal Badminton..Tag nama tu penting tau,kalau xde tag nama tu tak boleh masuk tempat2 yg berkenaan dan tak dapat makan,bab makan cepat je  kan,hehe..

Barisan Hakim Garis

okey...ciksue dan beberapa orang petugas teknikal ditugaskan di bilik urusetia dan adakala kiteorang jadi Hakim Garis jugak 2 in 1...bertugas kt bilik urusetia ni kene banyak berkorban sikit..cheewah..sebab kene datang awal sebelum yg lain dan group paling last balik..tugas yg kiteorg buat kt dalam bilik ni ialah filing, binding, fotostat ,documentation,buat laporan keputusan perlawanan setiap hari untuk setiap negeri dan macam-macam lagi la yang berkaitan..kene selalu alert bila result dah keluar dan bila ada tetamu macam pihak media,wartawan,pengurus pasukan dan orang2 tertentu ke datang untuk bertanya dan ingin tahu maklumat terkini,kiteorang memang kene selalu get ready la..kadang2 keluar kejap kat kawasan pertandingan tengok atlet main..kata org cuci mata sikit...haha..jangan ingat duduk kt bilik urusetia tu rilek je ye...waktu  takde keje boleh la rilek kejap kan..o_O



ni kat bilik urusetia & desk official


 waktu bertugas ikut jadual perlawan,ada tournament mula pagi hingga petang sampai malam pun ada...kalau tournament mula petang, pagi2 boleh la rilek..dalam maksud tu,haha..ada waktu free keluar jalan2 dengan petugas2 teknikal ni..pergi tengok game lain,tu pun pergi stadium tengok olahraga tu je yang sempat tengok...ehhh lupa nak bagitau veneu sukan badminton kt mane kan,cerita bukan main lagi ko jah macam la semua orang tahu tapi kalau tanya pakcik google dapat nye..hehe..veneu sukan badminton kat Stadium Tertutup SUKPA...kadang2 bila bertugas sedar-sedar dah malam rupa nya..yela kalau tournament mula pagi sebelum matahari keluar dah pergi stadium balik pulak dah malam..kata orang nak tengok matahari pun xsempat..gituu..



bersama Lai Pei Jing atlet Pahang dapat pingat emas bagi ketegori beregu campuran 
bersama dengan atlet Negeri Sembilan
bersama dengan anak Misbun (Misbun Ramdan) atlet Selangor
bersama dengan Iskandar dr Johor
selama bertugas di SUKMA PAHANG memberi satu kenangan dan pengalaman yang berharga dan terindah..sampai bila2 pun akan ingat ni..kadang-kadang rasa tak percaya jugak boleh terlibat dengan SUKMA ni...sukma dah habis ciksue ehh,terima la kenyataan itu..hehe..bukan pe,masa pergi kursus tu saja2 je...tiada yang mustahil kan..
walaupun sukma dah lame habis..ciksue nak jugak ucap Tahniah kepada Kontijen Negeri Terengganu juara keseluruhan..ganu nelang bohh!!

okey lah sampai sini dulu la...daaa!! 
just sharing experience...^_^