Tuesday, November 20, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum...

Seminggu balik bercuti dikampung maknanya bercuti jugakla daripada online semua ni kekadang ada on kejap tapi tak sehebat bila berada di uni,hehe..ikutkan hati ni memang taknak balik lagi sebab tak puas lagi santai-santai dirumah,semua orang macam tu kan bila dah balik rumah..ehhh tajuk entry pasal apam sempat lagi pusing cerita tang lain dulu..biasalah uoll ^_^



sebenarnya ni first try buat apam polkadot tu ada yang tenggelam timbul tu, yang jadi macam itu sebabnya ada letak penuh adunan dalam acuan,ada yang letak tak berapa penuh..buat dengan adik-adik jadi suka suki diaorang je nak letak banyak mana adunan dalam acuan tu dan buat corak dot-dot ikut suka jugak..yang penting boleh makan kan..bak kata pepatah don't judge book by its cover..tengok je rupa kat luar macam tu tapi bila rasa ummpp sedappp..amboi puji diri sendiri pulak kan ko jah,haha...

Apam polkadot ni salah satu hidangan masa buat jamuan hari lahir adik bongsu minggu lepas daripada beli baik buat sendiri kan,satu lagi ayah kiteorang tak berapa makan kuih yang beli dari kedai biasanya kiteorang buat sendiri kalau rasa nak makan..apam polkadot ni sememangnya disukai budak-budak mungkin pada warnanya dan rasa manisnya..kenapa sy cakap macam tu??? sebabnya apam polkadot yg gambar kat atas tu habis budak-budak yg datang makan..aishh puji diri sendiri lagi kan,hahaha..gurau je okey..so korang semua pun boleh cuba buat jomm try resepi kt bawah ni..


Apam Polkadot

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan tepun penaik
Jem strawberry
Pewarna yg disukai

Cara
1.    Panaskan pengukus
2.    Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih dalam 8-10 minit sahaja
3.    Masukkan susu segar, gaul sebati
4.    Masukkan tepung, sebatikan
5.    Bahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna yg disukai. Isikan adunan ke dalam beg plastik utk memudahkan mengisi dalam acuan. Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan 9boleh guna acuan lompang atau tat)
6.    Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudia masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi acuan keatas jem td sampai penuh. Hiaskan dot-dot keatas adunan
7.    Kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.


sumber http://dapur-mamasya.blogspot.com/



No comments: