Tuesday, November 20, 2012

Apam Polkadot

Assalamualaikum...

Seminggu balik bercuti dikampung maknanya bercuti jugakla daripada online semua ni kekadang ada on kejap tapi tak sehebat bila berada di uni,hehe..ikutkan hati ni memang taknak balik lagi sebab tak puas lagi santai-santai dirumah,semua orang macam tu kan bila dah balik rumah..ehhh tajuk entry pasal apam sempat lagi pusing cerita tang lain dulu..biasalah uoll ^_^



sebenarnya ni first try buat apam polkadot tu ada yang tenggelam timbul tu, yang jadi macam itu sebabnya ada letak penuh adunan dalam acuan,ada yang letak tak berapa penuh..buat dengan adik-adik jadi suka suki diaorang je nak letak banyak mana adunan dalam acuan tu dan buat corak dot-dot ikut suka jugak..yang penting boleh makan kan..bak kata pepatah don't judge book by its cover..tengok je rupa kat luar macam tu tapi bila rasa ummpp sedappp..amboi puji diri sendiri pulak kan ko jah,haha...

Apam polkadot ni salah satu hidangan masa buat jamuan hari lahir adik bongsu minggu lepas daripada beli baik buat sendiri kan,satu lagi ayah kiteorang tak berapa makan kuih yang beli dari kedai biasanya kiteorang buat sendiri kalau rasa nak makan..apam polkadot ni sememangnya disukai budak-budak mungkin pada warnanya dan rasa manisnya..kenapa sy cakap macam tu??? sebabnya apam polkadot yg gambar kat atas tu habis budak-budak yg datang makan..aishh puji diri sendiri lagi kan,hahaha..gurau je okey..so korang semua pun boleh cuba buat jomm try resepi kt bawah ni..


Apam Polkadot

Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan tepun penaik
Jem strawberry
Pewarna yg disukai

Cara
1.    Panaskan pengukus
2.    Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan berwarna putih dalam 8-10 minit sahaja
3.    Masukkan susu segar, gaul sebati
4.    Masukkan tepung, sebatikan
5.    Bahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna yg disukai. Isikan adunan ke dalam beg plastik utk memudahkan mengisi dalam acuan. Letakkan alas mangkuk kertas dalam acuan 9boleh guna acuan lompang atau tat)
6.    Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudia masukkan sedikit jem strawberry dan masukkan lagi acuan keatas jem td sampai penuh. Hiaskan dot-dot keatas adunan
7.    Kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.


sumber http://dapur-mamasya.blogspot.com/



Wednesday, November 7, 2012

Limited Edition


Apa pendapat korang dengan kenyataan diatas..setuju atau tidak?? Orang yang tak couple ni tak semestinya tak laku tetapi cintanya hanya untuk yang berhak kerana ALLAH...
salahkan bercinta?? Cinta ini sebenarnya luas maksudnya, yang  utama Cinta kita kepada DIA ,cinta pada ibu bapa, cinta pada keluarga dan suadara mara,cinta pada barang kesayangan kita.Bercinta ni tak salah tapi perlulah berlandaskan syariat islam..sedangkan cinta adalah satu perasaan fitrah yang cukup indah jika  diletakan pada tempat yang betul, jika diberikan kepada insan yang tepat dengan cara yang benar...
Setiap orang ada pendapat masing-masing mengenai bercouple dan bercinta ni..saya tak nak cakap lebih-lebih sebab saya pun bukannya ada pengalaman sangat dalam bab bercouple ni,emm yeke?? tetapi ada jugalah kadang-kadang dengar cerita daripada pengalaman kawan kawan yang terdekat..hehe..anyway bagi saya Bercinta lepas nikah lagi sweet ❤ 


Tuesday, November 6, 2012

CintaMu Tuhan



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Monday, November 5, 2012

Pahang Open

Assalamualaikum..
Pengalaman yang ada dapat mematang kita dan memberi pengajaran dimasa hadapan,sekali lagi ciksue terlibat dengan event badminton Pahang. so,pengalaman yang dikutip masa game Sukma baru-baru ni kita bawak ke event seterusnya... walaupun event ini sudah berlalu hampir sebulan tetapi nak share jugak kat sini,nampak sangat up to date kan..Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Maybank-Terbuka Pahang 2012 telah pun berlangsung pada 9-13 Oktober yang lepas,tugasan yang dapat lebih kurang sama sewaktu di SUKMA Pahang sebagai petugas teknikal jugak...
Bertemu kembali dengan sebahagian pemain yang bertanding di waktu SUKMA,pada pandangan ciksue Kejohanan ni tak semeriah segempak macam game sukma..sebab apa?? sebab game sukma nak tengok boleh masuk free,yang Pahang Open ni kene bayar okeyyy..takkan semua nak free kan,tak untung la macam tu..hehe..tapi ramai je yang datang bagi sokongan...kena sokong sukan Malaysia ni baru pemain bersemangat nak bermain..^_^
Sehari sebelum kejohan berlangsung, ada satu majlis makan malam bersama pemain,penasihat kejohanan,petugas dan semua yang terlibat..jom layan gambar yang sempat snap,setiap gambar ada jalan ceritanya kan...padahal dah mls nk taip   :)












Saturday, November 3, 2012

For You




We've known each other with full of promises,
we've built our bond with full of hopes,
but now i know our bond is far from HIM blessing,
I'm releasing this bond our bond,
it's not only just for you
But..it's for ALLAH our true LOVE,
if you're destined for me then INSYAALLAH
ALLAH will make us together 
If not ...INSYAALLAH...
Believe in Him
For ALLAH always knows what better for us...

Oh My Mandarin!

Assalamualaikum...

Hai uolls...sudah lama tidak mengupadate cerita kat sini kan,sibuk la katakan..yang pasti sibuk nak Raya,sibuk dihari Raya..^_^.. Beraya la sangat kan sampai assigment semua tolak tepi,haha..balik universiti je mulalah kelam kabut nak siapkan itu ini,campur pulak sepanjang minggu ini ada test,presentation,oral test mandarin,mock job interview...inilah kehidupan sebagai pelajar universiti..malas nak tulis panjang2 sebenarnya,haha..untuk pendekkan cerita..ciksue nak ajar anda-anda semua speaking Mandarin boleh???

nak share ilmu yang ada...jommm!!
Untuk yang first ni kita belajar pasal Travel tau...

lǚ xíng 旅 行 (Travel)

guó jiā 国家 (Negara)
É luó sī (俄罗斯)= Russia
Zhōng guó (中国) = China
Tài guó (泰国) =Thailand
Xīn jiā pō (新加坡) =Singapore
Wèn lái (汶莱) = Brunei Darulssalam
Ào zhōu (澳洲) = Australia
Niǔ xī lán (纽西兰) =New Zealand
Hán guó (韩国) = South Korea
Rì běn (日本) = Japan
Jiā ná dà (加拿大) = Canada

jiāo tōng gōng jù 交通工具 (Transport)
fēi jī 飞机 = Aeroplane
bā shì 巴士 = Bus
jiǎo tà chē 脚踏车= bicycle
dé shì 的士 = taxi
chuán 船 = Ship
Diàn dān chē 电单车 = Motorcycle

Q:Nǐ qù nǎli?
   你 去 哪里? 
   Where are you going?

A:      Hán guó
    我   去   韩   国
   Im going to South Korea

Q:Nǐ zěn me yàng qù nǎ li?
   你 怎   么   样   去  哪里?
   how did you go there?


A:Wǒ zuò Fēi jī qù Hán guó
   我   坐 飞 机   去 韩   国
   I go to South Korea by plane


cukup dulu setakat ini..nanti saya post lagi ye.. :)
Selamat Belajar...tak rugi belajar banyak bahasa kn...