Friday, March 18, 2011

NoVeL >> GeLaK TeRgoLeK




tajuk novel ni gelak tergolek...so kene gelak la dulu...hahahaha:) 
masa mula2 nk beli novel ni ritu fikir2 jugak..betul ke citer ni sama macm tajuknya..hehehe..bile bace kt cover depan pun dh tergelak apatah lagi isi kt dalamnya kn..so,cik sue beli la..baru bace bab 1 dh gelak sakan..sampai ending cite ni ade je yg lawak...happy ending...bg cik sue cite ni lawak sgt...hahaha..cite ni ringan-ringan saje,santai dan rilek jer bile bace....bile bace cite ni,tibe2 senyum sorang2,gelak sorang,hahah..(gelak lagi)...kalau orang tengok mesti pelik jer kn,mcm xbetul jer..tibe2 senyum pastu gelak plak...hehe..bg org lain xtau la kn..ade yg cakap lawak,ade yg cakap xlawak pun...masing2 ade pendapat dan citarasa sendiri..

macam2 kisah lucu dalam citer ni..kisah mak Rahman  dipatuk oleh angsa semasa datang merisik Maimun..pastu rombongan pengantin perempuan yg bawa Maimun tersilap pergi rumah orang berkhatan,hahaha..semasa majlis akad nikah Maimun & Rahman...kisah rahman  dengan bapa mertuanya...dan  banyak lagi la..nk tahu korang kene bace..hehe...

Rahman: "Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai."

Tok kadi: "Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga pulu rakaat."


Sinopsis 
Gelak Tergolek mempaparkan kisah mamat sengal bernama rahman yang menyulam cintanya dengan kekasih hatinya,Maimun.
Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilaluinya sebelum berjaya mendirikan rumah tangganya dengan Maimun.
Setelah berumah tangga,bermacam-macam hal pula yang harus dihadapinya.
Bacalah kisah ini untuk mengetahui bagaimana Rahman menangani bapa mertuanya; Pak Brahim,adik iparnya; Imi,si cilik yang keletah lagi pintar dan penduduk kampun.


>>>Happy reading>>>

Tuesday, March 15, 2011

joom masuk dapur.. ^_^

kek lapis kukus masam manis

~Joom masuk dapur bersama cik sue..cheewah..tibe2 jer plak kn.:)
entry kali cik sue nk share satu resepi kek..."Kek Lapis Kukus Masam Manis" 
yg baru saje cik sue buat..ni kira mcm hobi jugak la,ade mase terluang n rase2 nk mkn cik sue buat la..kek,puding @ biskut ke...^_^
untuk hari ni cik sue share resepi kek ni dulu ye....



Bahan-bahan
4 cawam biskut merie yg telah dikisar
2 cawan buttercup
2 cawan gula halus
4 s/besar susu pekat manis
8 biji telur
   gambir
   asen vanila

Cara membuat
1- Pukul buttercup dan gula sehingga kembang.
2- Pukul telur sehingga kembang.
3- Masukkan telur yg telah dipukul,asen vanila dan susu pekat manis.(Pukul     sehingga sebati)
4- Masukkan biskut merie yg telah dikisar.
5- Bahagikan kpd 3 warna (merah,hijau & kuning)



>>>selamat mencuba<<<

Monday, March 7, 2011

suatu ketika itu...

~Assalamualaikum semua~

Entry ni cik sue nak citer ckit pasal sebuah klinik yg cik sue prg baru2 ni..          cecite...cecite...hehe ^_^
begini citenye,hari sabtu lpas cik sue prg klinik ni dgn mama..prg klinik mestilah nk jmpa dgn doktor kn wat chek up...tahap kebersihan klinik ni mmg tip top bersih,cantik dan selesa sgt rase cm nk duduk lame jer dlm klinik tu..haha..      tp mmg lame pun duk dalam klinik tu tunggu wat pendaftaran name..mmg lame giler..tu belum campur lg tunggu name dipanggil untuk jumpa dgn doktor..padahal time tu pesakit yg nk jumpa dgn doktor 2 org jer...tggu cm ade 5org pesakit..apalah yg diaorg wat..mengeja name satu2 kot..hehe..apa boleh buat,sabar je la...tp pak cik sorg ni,mmg xleh duk diam asyik berjalan jer mulut dia pun berjalan sekali..nak marah kot,sbb dh lame tunggu...
tunggu punya la lame,jumpa dgn doktor kjap jer.Suasana klinik dh cantik tp perkhidmatan xbeberapa nk cantik.Dr. ckp cik sue xleh pakai sandal yg cik sue pakai mase prg klinik ritu,katenya kulit kaki cik sue sensetive..kene pakai jenis selipar jepun jer...cik sue gelak jer kt doktor tu..nasib x tergolek2 je..hahaha..Dr. tu cm xpuas hati jer..@_@ sblum keluar DR. siap pesan sblum blik rumah jgn lupa prg beli selipar jepun..amek kau sue kene perli balik dgn DR tu..hehe...




~bila difikir2kan semula,sandal tu dh lame cik sue pakai..ok jer tapak kaki sebelum ni..ermm..betul ke gara2 sandal itu??renung2kanlah...^_^





Sunday, March 6, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

1. Bersahaja
~Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
~Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
~Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
~Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
~Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
~Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
~Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
~Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
~Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
~Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Friday, March 4, 2011

aku manusia biasa...


Segala persoalan yang sering mengganggu fikiran aku sejak beberapa hari yang lalu,akhirnya aku temui jawapan untuk menjawab segala persoalan itu..segala kekeliruan dan keresahan yang aku rasakan selama ini terungkai segalanya..semuanya sudah jelas dan nyata..suka atau tidak itulah kenyataan yang perlu aku terima...memang betul,kata hati dan firasat yang kita rasakan tidak pernah menipu diri kita,apa yang aku rasa dan jangka selama beberapa hari ini memang betul-betul terjadi..andai itu jalan yang terbaik untuk aku,aku terima dengan hati yang ikhlas..beginilah kehidupan kita bagaikan putaran roda yang berpusing kadangkala kita berada diatas,kadangkala kita berada dibwah dan suka dan duka datang berganti-ganti.Aku tahu setiap perkara yang berlaku ada hikamh disebaliknya..Sekali lagi hati dan perasaan aku diuji oleh Yang Maha Pencipta.Terima kasih Ya Allah ..engkau telah memberi pertunjuk kepadaku disaat aku berada di dalam kekeliruan dan buntu."Aku berdoa semoga seorang hamba Allah ini sentiasa diberkati dan dirahmti oleh Allah dan mendapat semula apa yang diharapkan selama ini..Amin.."
 untuk sahabatku yang tersayang,terima kasih sentiasa menemani aku disaat aku memerlukan semangat dan sokongan daripada kalian. Apa-apa pun kehidupan mesti diteruskan,perkara yang lepas dijadikan sebagai pengajaran dan panduan pada masa hadapan.
Apakah kebenaran ini akan membuatkan aku untuk menyepi dan mendiamkan diri buat sementara waktu ini...adakah dengan cara sebegini dapat mengubati hati yang lara ini menjadi setenang air di lautan.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan...

Tuesday, March 1, 2011

Kesabaranku di uji


~ adoii diserang demam lagi...byak kali dh demam ni..kali ni dmm biase2 jer.demam rindukah ini??rindukah dia pada aku..??jeng3...@_@ 
semenjak 2 3 hari ni,perasaan cik sue ni suram muram ckit..xtahu la knp,xtahu cmne nk luahkan n story =( adakah dsebabkan perkara itu cik sue jd cm ni..sabar sue!sabar!!..sabar itu separuh drp iman...hanya Tuhan saje yg tahu isi hati ni...Hidup mesti diteruskan..aja aja fighting!!! ^_^
"Ya Allah engkau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengharungi segala dugaanMu"



Allah Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada
hitungannya - kerana amat banyaknya." (az-Zumar: 10)