Thursday, January 10, 2013

Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah, 
Andai masanya belum tiba, 
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, 
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin.. 

::  iluvislam ::

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah habis tahun 2012 tapi setiap kenangan dan pengalaman yang berlaku dan yang dikutip sepanjang tahun 2012 takkan lupus dan sentiasa akan kekal dalam ingatan sepanjang zaman. tapi beberapa minit penghujung 2012 satu badai yang melanda,hati kita rasa sakit sangattt dan kecewa,kenapa..kenapa..kenapa mesti pada penghujung 2012..terima kasih banyak2 ya sebab dah berjaya buat saya rasa gembira sangatttt3 ALLAH saja yang tahu...sorry beremosi pulak,tak nak sedih2 ye..kuatkan semangat..smile..smile.. =) okey,tutup buku tahun 2012...


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,tahun 2013 ini dimulakan dengan peperikasan akhir "Final exam"  untuk semester ini pada 02/01/2013.."Ya ALLAH,dipermudahkan segala urusanku", pada teman2 yang tengah exam sekarang ni wish uolls good luck. wish 2013 ni masih meneruskan azam-azam yang lalu dan memperbaiki diri menjadi muslimah yang lebih baik..^_^ yang pasti masuk tahun baru maka umur pun meningkat ke satu angka kan rasa macam tak percaya pulak tapi itulah hakikatnya..boleh tak nak tambah satu lagi wish tahun 2013 ni nak khawinnn.  haha..bak kata roomate saya "gatai noh" ...

tulis panjang-panjang nanti merepek tang lain pulak..okey daaa..