Assalamualaikum …
Musim cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, maka waktu
macam ini ibu bapa sedang sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk
anak-anak diaorang. Sepanjang cuti persekolahan ini, family ada la plan nak
bawa adik-adik pergi jejalan ,senang citer the whole family ..Sebenarnya nak
pergi Cameron Highlands,yang over excited abg2 I uolls tapi plan tu terpaksa
dibatalkan diatas sebab2 tertentu,next time kita pergi ye. Untuk tidak mengecewakan adik2 ni (abg2 ni xkisah sgt sbb dh besar kan,haha) sebab dah janji nak
bawak pergi jejalan kan ciksue suggest kat family bawak diaorang pergi main kt Gambang Water Park sementara tu
bolehlah guna baucer diskaun untuk tiket masuk,bila lagi kan nak guna asyik
simpan dalam laci meja je,lagipun habis bulan ini baucer tu dah expired..maka
gunalah peluang yang ada..1 baucer diskaun tu untuk 6 tiket, dapat separuh
harga.. memang berbaloi..
Sampai je kat sana..tekejut den tengok kereta berderet2 parking kt bahu jalan,rupanya parking kat dah penuh,maka kiteorang pun kene park dekat bawah,pastu jalan kaki je naik atas..tengok kereta banyak mana dekat luar dah boleh agak dah pengunjung2 kt dalam water park ramai mana..almaklumlah musim cuti sekolah ni memang ramai la,masuk kat dalam jalan pun sampai terhimpit-himpit..
budak perempuan kecik pakai baju pink tu anak saudara ciksue, kemana pergi wajib bawak dia nih..sanggup tinggal mama & papa dia..cucu sulung lah katakan,kemana saje bawak je..hehe
ramai sangat penghujung,sampaikan dalam air tu nampak kepala orang je,haha..pelampung pun tak bergerak sangat sebab terhimpit2 sebelah kiri,kanan,depan dan belakang..datang waktu orang ramai macam ni best tau,sebab boleh berebut-rebut..haha..part tu memang seronok..lepas tu tengok gelagat orang2 kat situ..kih3
Imam kepenatan main air,mata dah tak boleh nak buka sebab ngatuk sangat..nak senyum dah tak larat, bagi susu pun tak nak minum...last2 tidur macam tu je..Iman Asyraff anak saudara kita yang ketiga.. =)
Golongan lelaki dalam gambar tu main sampai tak ingat dunia, diaorang main kat bahagian atas yang ada 6 lane racer slide, crystal slide, galaxy slide & seangkatan dengan nya..sorry ye tak sempat nak snap korang kat atas tu,haha. puas kat atas sambung pulak kat bawah,masuk pagi keluar petang..tengok muka nurin pun dah lemau,seharian duk main air..
taraaa...pasangan merpati sejoli itu adalah orang yang paling kita sayang sekali *big hugs*,iaitu mak & ayah kita,anak punya pasal diaorang turutkan saja..ayah kita walaupun garang tapi suka buat lawak..hehe..ok,setakat ni saja kisah percutian kami sekeluarga.Kejap2,nak bagitau ni..ciksue duduk kat daerah Gambang hampir 4 tahun,baru 2 kali masuk kt water park ni,first masa awal2 pembukaan tu yang second dengan family ni lah..dari UMP gambang nak ke Water park tu dekat je,tapi bila dah dekat macam tak terasa pun nak pergi selalu..hehe
eh kejap ada satu lagi, nak cerita pasal makanan kat dalam water park ni..makanan kat dalam ni mahal sikit, setakat nak beli air tin tu ok lagi la..sebaiknya sebelum masuk tu isi perut dulu kenyang2..hee
**pada anda semua,jika ada masa kelapangan bawalah anak-anak dan keluarga berhibur di Gambang Water Park ini..chewahh tukang promote pulak,hehe**
okey..daaa..Assamulaiakum.. ^_^