Saturday, February 25, 2012

Berjaya Ditawan...

Letih tapi meyeronokkan itulah ungkapan yang sesuai diberikan...permulaan awal semester ni dengan melakukan aktivti lasak ..lasak ke?? iaitu mendaki Bukit Sulai,Gambang Pahang...sebenarnya dah lama ciksue tak join aktiviti sebegini,last join aktiviti macam ni (mendaki Gunung Tebu) tak tahu bila,dah lama kot!!! bukan kot memang kenyataan dah lama sangat..hahaha..bila kawan ajak join mendaki Bukit Sulai bersama-sama dengan kawan2 Diploma dlu "DCS '07" rasa macam teruja pulak...tapi ramai yang  tak join,just beberapa orang je..apa-apa pun memang seronok walaupun penat..=) sambil jalan borak-borak dan sambil2 tu menghayati keindahan alam ciptaanNya,sangat damai dan tenang...
akhrinya sampai ke puncak Bukit Sulai....










Berhenti rehat kejap + makan..sementara meneruskan pendakian..hehe
dapat jugak tgk sunset walaupun xberapa nak jelas


berkelah dipuncak...yeaahh...



Wednesday, February 15, 2012

Gembira Sepanjang Masa


Entry kali  ini nak kongsi tips macam mana kita nak buat diri kita gembira sepanjang masa, tips ni saya terbaca kat artikel iluvislam www.iluvislam.com sangat menarik untuk dikongsi bersama-sama..semoga manjadi panduan pada kita semua dalam kehidupan seharian kita...=)

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.