Friday, January 27, 2012

Baca sampai lebam


Assalamualaikum... =)

agak lama jugak kan tak post pasal novel2 ni..nak buat macam mana ada kerja lain yang perlu selesaikan dulu,kata orang buat yang mana penting dulu...dalam sibuk dengan kerja sebagai student ni..sibuk la sangat.. :p
faham2 je la tanggungjawab sbg student ni dgn assignment + report + kuiz ++ bla..bla..
dalam sibuk macam tu pun sempat jugak pergi beli novel...buku yang kat bawah tu dah lama beli sebenarnya cuma takde masa nak bace .bile kat rumah ni baru sempat nak bace tu pun ade lagi yang tak terbace..duduk kat rumah ni bolehla bace sampai lebam buku tu,hehe..tapi takde la mata sampai lebam..=) kawan2 kat uni kan suka sangat gune ayat2 macam ni "tido sampai lebam","study sampai lebam"...ehh,ade kene mengena ke dgn topik sekarang ni..ape-ape je la kan...kih3

...semakin jauh aku berlari,semakin cinta itu menjauh pergi,lantas tidak lagi kumengejar,kau hanya bahagia bila kuberhenti...

...belum baca lagi....

dalam pembacaan lagi..walaupun ade slot kt tv3 rasenya bace lagi best...=)

....sekali namamu kulafazkan,hati tidak pernah menyebut yang lain... 



Thursday, January 19, 2012

Home sweet Home


bila sebut exam orang akan selalu tanya "macam mane exam tadi ok ke? " jawapan skema yang selalu bagi "Alhamdulillah semua okey" disebalik jawapan tu orang mane tahu ok ke,kureng ke kan...hanya Allah saja yang tahu...=) 
ape-ape pun final exam sudah lama habis untuk semester ni...nak kata lama sangat tipu la baru seminggu je kot tapi rasa macam dah lama,hehe..exam dah habis tunggu apa lagi balik ke rumahku syurgaku la kan menghabiskan cuti semester..ni dah ade kat rumah pun..terubat rindu selama ini yang tertanggung,ewahhh...lama u ciksue tak balik rumah..
Macam biase bila cuti semester ciksue ada keje part time jadi "babysitter" kpd 2 orang anak kak long,dah memang kak long ade anak 2 orang je pun nak jaga berapa orang lagi kan..hehe..sorang perempuan (nurin @k.long) 3 tahun  dan sorang lagi lelaki (Adam) 10 bulan..yang si kakak tu makin besar makin banyak pulak bercakap nya mengalahkan wartawan kot,time dia tido je la senyap...yela,tengah tido bercakap tu mengigau namanye..hehe...
ade sekali tu ciksue tnye dia "along ni cakap banyak ikut sape??" jawab dia "along ikut cikde(ciksue) la cakap banyak ni dari tadi cikde tak berhenti2 bercakap" terkejut den mendengarnya..haha.. seronok layan telatah budak2 ni asyik gelak je...=) yang si adik pulak dah boleh merangkak terkejar2-kejar ciksue ni,tu belum pandai berjalan lagi tu..hoho..


anak saudara (adam & nurin)




Thursday, January 5, 2012

"4 Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke NERAKA"

1. AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti Sholat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup Aurat. Seorang ayah tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

2. SUAMINYA

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk Istrinya. Bergaul bebas ditempat kerja,berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram, Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang Alim (Sholat tidak ditunda,puasa tidak ditinggal) maka dia akan ditarik oleh istrinya ke Neraka.

3. SAUDARA LAKI-LAKINYA (ABANGNYA)

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh pada saudara Laki-lakinya (Abangnya).
Kalau mereka hanya pentingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran Islam..
Tunggulah Tarikan adiknya ke Neraka.

4. ANAK LAKI-LAKINYA

Bila mana tidak menasehati ibunya tentang kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan dimintai pertanggung Jawaban di Akhirat Kelak...
Maka nantilah Tarikan Ibunya ke Neraka.

Betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja didunia bahkan di Akhirat tarikannya begitu kuat.. Maka kaum lelaki yang bergelar Ayah,Suami,Abang lebih baiknya memainkan peranan yang sebenarnya...
Untuk Para Muslimah
  -->Semoga Hijab menjadi Pakaianmu
-->Semoga Kesucian menjadi Amalanmu
-->Semoga kesopanan menjadi Pribadimu
--->Semoga bermanfaat untuk kita semua... =)  
Sumber: Facebook Aku Mencintaimu Karena Allah

Sunday, January 1, 2012

Lembaran 2012


...Selamat Datang tahun 2012...
Begitu cepat masa berlalu,hari demi hari tahun demi tahun..sekarang dah masuk tahun 2012 umur pun dah makin meningkat...semoga tahun baru memberi lembaran baru dan menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya..Insyaallah..mulakan tahun ini dengan azam yang baik dan dilaksanakan dengan semangat yang baru...fighting! fighting! =)


ulang tayang kisah sepanjang 2011


bersama rakan seangkatan..=)
berkerja di PPDHT (Pejabat Pertanian Daerah H.Terengganu)

 penambahan ahli keluarga,hehe..
Mohamad Iman Asyraaf,08/08/2011

 Minggu Induksi Siswa 2011 (MINDS),sambung study
ke peringkat seterusnya di UMP

 ...Dinner alumni UMP..

Konvokesyen (Diploma) UMP 01/10/2011

yang paling menarik ciksue dah dapat lesen kereta...hoho...
bukan senang nak dapatkan lesen tu,macam2 dugaan(ciksue ke kot)..=)
kepada abg2 ciksue siap sedia la dengan kereta anda ciksue balik cuti nanti..haha

cukuplah untuk ini sahaja...daaa...