Monday, December 26, 2011

kenapa tak balik cuti study week...

Sekarang dah start study week,dikesempatan itu maka ramailah student ambil peluang balik kampung...kejap saje kan,pejam celik pejam celik dah nak final exam untuk semester ni,rasanya baru masuk daftar jadi student UMP bulan september lepas...ni first time waktu study week ciksue tak balik agak jelous jugak tengok sorang2 balik kampung,hehe...waktu diploma dulu,tiap-tiap semester study week akan balik =) kenapa tak balik study week sem ni??? ramai yang tanya...


sebab join kursus pemantapan sukarelawan SUKMA Pahang 2012 (sukan badminton) iaitu tahun depan,alah...ada berapa hari saje lagi kan nak masuk tahun 2012...berkursus selama 3 hari di wisma belia kuantan (makanan pun sedap)..kursus ni hanya berkaitan dengan badminton sahaja,mengenali sejarah sukan badminton,alatan sukan badmiton,cara kira skor,hakim garis dan macam2 lagilah kalau cerita satu persatu nanti boring pulak kan..kursus ni memberi satu pengalaman yang baru sebab sebelum ni just tengok orang main je,sekarang dah tahu la cikit2 cara bermain badminton yang profesional gitu,cheewaahh..hehe!! siap ada test lagi  tu hari last kursus..hoho!! lepas ni kalau nak suruh kiteorang yang pergi kursus ni jadi hakim garis ke..up lagi pengadil ke..dah boleh dah ni...hahaha...
terima kasih kepada seketeriat SUKMA Pahang memberi peluang kepada kami join kursus sukarelawan ni...terbaikkkk=)


sebahagian peserta kursus pemantapan sukarelawan sukma 2012

Kursus dah habis,lepas ni fokus untuk final exam pulak..tinggal beberapa hari saja lagi kalau balik rumah ni memang tak jadi study,so stay kt sini je.....

Alhamdulillah.... terubat sudah rindu kt family,jumaat baru ni maa,ayah & adik2 datang ump jumpa kak sue..suka sangat2 =)....dah sebulan lebih u ciksue tak balik rumah...tak apa lepas final exam lepak kat rumah sebulan,tungguuuu....okey,daaa... =_=











Monday, December 19, 2011

Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan.




Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:
 
1.Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. 

2.Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

3.Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali

4.Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. 

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

 Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam
 kredit----->wanwma.com
 

Wednesday, December 7, 2011

apa yang saya dapat??


.....muka boring.....

apa input yang ciksue dapat selama 2 jam duk dalam kelas #@$%# semalam
sangatlah luar biasa dari apa yang lecturer ajar kat depan, ni hasilnya.....


hahaha...seriously waktu tu memang mengantuk sangat2,mata dah tak boleh nak dikawal lagi kalau dibiarkan memang tersengguk-sengguk lah jadinya,sebelum ni tak ade mengantuk sampai tahap sebegini rupa..huhu...dengan cara itu saja boleh hilangkan rasa mengantuk..hehe..nak salin note kt depan memang tak sempatlah...huhu..

Alhamdulillah...semalam berjaya jugak puasa...=)

makanan waktu berbuka semalam "nasi grg seafood"
p/s: sir..saya minta maaf sebab xbg perhatian dalm kelas..=).

Sunday, December 4, 2011

'Asyura'



 
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.

Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
 
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

 SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
 Jom kite puasa sama-sama..