Monday, July 25, 2011

Ragam Dan Aksi

Pada 22.7.11 baru-baru ni,rumah nenek sebelah mama ciksue buat kenduri tahlil,majlis buat lepas solat isyak...so sebelah siang memang sibuk banyaklah,hehe..persiapan semua dilakukan oleh anak-beranak sebelah mama..kiranya gotong-royong keluarga,joomm layan beberapa keping gambar...




rendam & cabut bulu ayam kampung =)



Ayahsu & Anaknya









Gulai ayam kampung




sememangnya aktiviti macm ni sangat seronok....=)

Monday, July 11, 2011

M.A.I.D


....Best! best ! lagi best!.....
buku ni ciksue beli kat pesta buku TTC time cuti sekolah hari itu,tapi 3 hari lepas baru habis baca,bukan tak menarik jalan ceritanya,tapi habiskan yang lain dulu yang the best baca last..hehe..
Novel Love story ni memang terbaiklah dari Suri Ryana...
cerita yang romantiks, lucu dan sweet couple la..bile baca senyum jer,dah jadi macam orang gila je senyum sorang2 ni..^_^ cerita yang tak banyak konflik..santai saje bila baca dan tak bosan langsung...



ciksue dah jatuh cinta dengan MR.f dalam novel ni..hahaha..


sinopsis--->> kisah noorul bermula apabila dia bekerja sebagai MAID di golden penthouse harris (Mr.f) Harris ni seorang yang tersangat-sangatlah cerewet,oleh sebab sifat harris yang terlalu cerewet noorul mengelar Harris sebagai "Mr.f" (Mr.fussy), apa yang noorul lakukan semua tak kene...noorul simpan semua note yang Harris tinggalkan di pelusuk rumah..daripada berbalas note,noorul semakin mengenali dan menyukai Mr.f...fitnah yang melanda akhirnya diaorang dipaksa berkhawin..noorul gusar kerana dia tidak pasti samada Harris boleh menerima dia sebagai isteri sedangkan dia hanya pekerja kepada MR.f...noorul  mula berteka-teki siap yang menyebarkan fitnah...siapa yang lakukan?? bolehkah noorul dan mr.f melayari rumahtangga bersama?? macam mane dengan kehidupan noorul dengan mak mertua yang tidak suka padanya?? apa yang terjadi pada nurina dan elisa,mampukah diaorang memiliki harris kembali?? bagaimana pula dengan haikal,adik iparnya yang pernah menaruh harapan pada noorul??....
banyak persoalan disini kan..nak tahu korang kene bacalah.. tak rugi  beli novel ni..4.999 star ciksue bagi....sangat menarik...=)

Friday, July 8, 2011

suka makan coklat...

Semalam lepak dengan mira duk cakap pasal Lesen Memandu ni,maklumlah dua-dua orang ni baru amik lesen ni dalam proses pembelajaran lagi (teruja),hehe...biasalah kalau duk bersembang ni dari satu topik ke topik yang lain...dalam tengah syok cerita pasal lesen ni,tiba-tiba cakap pasal buat kek dan puding pulak,hee...tanya itu ini,dah jadi macam rancangan masak-masak pulak...mira tak puas hati lagi,bawak keluar buku resepi dia..banyak jugaklah resepi kek dan puding yang dalam buku tu..kawan baik ciksue sorang ni (mira) memang suka masak,suka buat kek dan suka makan,haha...harap-harap mira xbace entry ni... @_@

Tengah asyik memgemas rumah pagi tadi daripada menyapu,mengemop lantai,membasuh dan seangkatan dengannya,boleh pulak ciksue rilek kejap,buka laptop dan online kejap surf resepi buat kek...ini semua penangan borak-borak dengan mira cakap pasal kek,hehe..dah dapat resepi apa lagi, terus menuju ke dapur...tapi sebelum tu ciksue siapkan dulu keje-keje tadi tu..baru ni beli bahan nak buat kek batik,tapi cancel balik sebab tengok kek coklat lagi sedap..boleh ke macam tu??haha...akhirnya menjadi juga kek coklat kukus ciksue ni..sape yang suka makan coklat boleh lah try buat,kat bawah ni ciksue bagi resepi..senang saje..
kene tak tajuk kat atas dengan cerita dalam ni,rase macam lari jer...hehe...^_^

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan
1. 1 cawan susu cair
2. 1 cawan serbuk koko
3. 1 cawan susu pekat
4. 1 cawan gula
5.  Sedikit serbuk penaik
6. 1 sudu asen vanila
7. 1 cawan minyak 
8. 1 cawan tepung gandum
9.  4 biji telur

Cara-cara
1. Bahan-bahan (1-7) kena masak dulu (minyak masuk last sekali) masak sampai semua bahan2 itu sebati.
2. bahan 8-9 perlu dikisar @ nak senag blender saje.
3. last sekali bahan yang dimasak tadi tu diacampurkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi...lepas tu,masukkan dalam loyang dan kukus..kukus selama 45 minit

so,selamat mencuba ye...tata..^_^