Waktu bekerja hari ini singkat saja sebab kerja separuh hari saja, pukul 3.30 petang dah boleh balik..hari khamis hari paling best kerja =)...tapi hari ini rasa penat sedikit,hari ini ciksue ditugaskan menjaga gerai pameran Jbt.Pertanian sempena karnival pekan budaya bersama2 dengan kak tie...eh,eh, tersasul cerita pasal pekan budaya pulak..yang itu kite bercerita di entry yang akan datang ye..insyaAllah... =)
oppss,apa yang rasa manis tu...al-kisahnya disini, semalam masa duk kat ofis tu sempat lagi ni ciksue surf macam2 gambar makanan kt internet,sebenarnya tak ada motif apa-apa pun surf semua2 tu just nak cuci mata dan tengok cara2 nak masak je,hehe...padahal pada hari itu ciksue puasa =)...tengah2 duk surf tu,ciksue tertarik dengan gambar puding sambil berkata2 dalam hati "macam sedap je ni,buat buka puasa lagi sedap ni"....kuasa kerajinan semalam bertambah2 dengan tiba2,balik kerja duduk rehat sekejap,solat & terus dengan misi yg berkobar2....akhirnya siap juga puding karamel...berbuka puasa bersama puding karamel...manis & sedap!! =)
Resepi Puding Karamel
2 sudu makan gula
7 biji telur gred A
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu teh asen vanila
cara
1.Sediakan periuk pengukus diatas api dapur
2.Masukkan gula didalam loyang/kuali dan panaskan di atas api dapur,dalam masa lebih kurang 2 minit. kacau gula itu sehingga bertukar warna kuning keemasan(jgn terlalu hangus) angkat dan ketepikan.
3.Pukul telur dan masukkan susu ,air dan asen vanila. kacau sehingga sebati semua bahan2 tadi (jgan kacau terlalu kuat)
4.Tuangkan bancuhan telur tadi kedalam loyang yang ada gula hangus dan kukus.
5.Masa kukus lebih kurang dalam 20 minit..lepas tu angkat dan telangkupkan di atas pinggan,potong dan sejukkan sebelum makan.
4.Tuangkan bancuhan telur tadi kedalam loyang yang ada gula hangus dan kukus.
5.Masa kukus lebih kurang dalam 20 minit..lepas tu angkat dan telangkupkan di atas pinggan,potong dan sejukkan sebelum makan.
-Selemat Mencuba-