Monday, December 26, 2011

kenapa tak balik cuti study week...

Sekarang dah start study week,dikesempatan itu maka ramailah student ambil peluang balik kampung...kejap saje kan,pejam celik pejam celik dah nak final exam untuk semester ni,rasanya baru masuk daftar jadi student UMP bulan september lepas...ni first time waktu study week ciksue tak balik agak jelous jugak tengok sorang2 balik kampung,hehe...waktu diploma dulu,tiap-tiap semester study week akan balik =) kenapa tak balik study week sem ni??? ramai yang tanya...


sebab join kursus pemantapan sukarelawan SUKMA Pahang 2012 (sukan badminton) iaitu tahun depan,alah...ada berapa hari saje lagi kan nak masuk tahun 2012...berkursus selama 3 hari di wisma belia kuantan (makanan pun sedap)..kursus ni hanya berkaitan dengan badminton sahaja,mengenali sejarah sukan badminton,alatan sukan badmiton,cara kira skor,hakim garis dan macam2 lagilah kalau cerita satu persatu nanti boring pulak kan..kursus ni memberi satu pengalaman yang baru sebab sebelum ni just tengok orang main je,sekarang dah tahu la cikit2 cara bermain badminton yang profesional gitu,cheewaahh..hehe!! siap ada test lagi  tu hari last kursus..hoho!! lepas ni kalau nak suruh kiteorang yang pergi kursus ni jadi hakim garis ke..up lagi pengadil ke..dah boleh dah ni...hahaha...
terima kasih kepada seketeriat SUKMA Pahang memberi peluang kepada kami join kursus sukarelawan ni...terbaikkkk=)


sebahagian peserta kursus pemantapan sukarelawan sukma 2012

Kursus dah habis,lepas ni fokus untuk final exam pulak..tinggal beberapa hari saja lagi kalau balik rumah ni memang tak jadi study,so stay kt sini je.....

Alhamdulillah.... terubat sudah rindu kt family,jumaat baru ni maa,ayah & adik2 datang ump jumpa kak sue..suka sangat2 =)....dah sebulan lebih u ciksue tak balik rumah...tak apa lepas final exam lepak kat rumah sebulan,tungguuuu....okey,daaa... =_=











Monday, December 19, 2011

Tidur Yang Mendapat Pahala Dengan Tidur Kosong.


Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan.




Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:
 
1.Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. 

2.Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

3.Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali

4.Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. 

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

 Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab2 dalam Islam
 kredit----->wanwma.com
 

Wednesday, December 7, 2011

apa yang saya dapat??


.....muka boring.....

apa input yang ciksue dapat selama 2 jam duk dalam kelas #@$%# semalam
sangatlah luar biasa dari apa yang lecturer ajar kat depan, ni hasilnya.....


hahaha...seriously waktu tu memang mengantuk sangat2,mata dah tak boleh nak dikawal lagi kalau dibiarkan memang tersengguk-sengguk lah jadinya,sebelum ni tak ade mengantuk sampai tahap sebegini rupa..huhu...dengan cara itu saja boleh hilangkan rasa mengantuk..hehe..nak salin note kt depan memang tak sempatlah...huhu..

Alhamdulillah...semalam berjaya jugak puasa...=)

makanan waktu berbuka semalam "nasi grg seafood"
p/s: sir..saya minta maaf sebab xbg perhatian dalm kelas..=).

Sunday, December 4, 2011

'Asyura'



 
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.

Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
 
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

 SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
 Jom kite puasa sama-sama..

Wednesday, November 16, 2011

sooo....H.O.T


Suke la jawab HOT (Hand On Test) tadi..soalan memang tersangat2 HOT!!!!! tak tahu bagaimana nasib selepas ni nanti,huhu...aty [merangkap roomate,classmate,teman,member kamcing ciksue] =)  jawap HOT tadi sampai sakit gigi dia..hehe,eh...ade kene mengena ke amek Hot dgn gigi...kih3...
"aty pergi cabut je gigi tu..nanti  tak sakit dah".... =) 


eh...apa kene mengena gambar diatas dgn tajuk pada malam ni....ni sebenarnya lepas habis HOT terus pergi keluar makan dgn roomate (zaty & aty) jgn keliru ye..name roomate ciksue dekat2 nk same...suhu temperature HOT dh naik mendadak,cara nk menurunkannya ialah makannn...haha..tiga2 org gadis ni makan makanan yg same je...aty walaupun gigi nye sakit tetap jugak makan habis,hehe...sedappp,Alhamdulillah...
ok,ngantuk dah...bye....*_*

Tuesday, October 25, 2011

DeLta DiHaTiku

Tiba-tiba teringat waktu PLKN dulu2...ni semua gara-gara pergi melawat kak cik kt Kem PLKN Batu Jong Kuala Krai,Kelantan 2 minggu lepas..dah lama,bila tengok gambar kak cik kt kem dia teringat pulak memori terindah zaman2 jadi pelatih PLKN 4 tahun yg lepas..kenangan dan pengalaman yg paling best...walaupun sudah 4 tahun berlalu,segala kisah disana masih segar di ingatan...
ciksue dulu dapat kt Kem Setia Ikhlas Semenyih,Selangor..mmg jauh,untung kakcik dapat Kem yg dekat cikit..family pun boleh prg tgk dia,utung la...skill jelesss!! yela waktu ciksue dulu famly nk g jauh...perkara yg paling ciksue ingat mase kt Kem dulu kene demam panas,pastu kene masuk air 2 botol..banyak aktiviti kene skip,kesian...yg paling best dapat masuk kawad farmasi untuk majlis penutupan dan masuk group dikir barat,rase macm kelakar jugak sebab sebelum ni xpernah berdikir barat ni,hehe...yg paling sedih bile waktu hari last kt Kem, berpisah dengan kawan2 yg dh 3 bulan bersama2, buat aktiviti same2...masa first datang xkenal sape2,bila dah 3 bulan bersama dah jadi macam adik-beradik.Sampai sekarang baju group kompeni Delta masih lagi ada ciksue simpan dan kawan2 kt Kem dulu masih lagi berhubung....=)

sekitar gambar kt Kem Batu Jong..ckit je sempat snap..


...inilah hasilnya  bila budak pro yg snap gambar...
tekun tu kak ngah dgr kakcik story..I wat dekk jer sbb dh prnah lalui...hehe

...yg ni baru nampak muka kan3...Iman masih jugak tidoo..
ooppss maa duk lelok ckit..kih3..

kak cik n de geng..iman tetap tido jugak =)
 ...sebahagian pelatih berjalan pulang ke dorm...
Kem Batu Jong


nak balik dah,kak cik kesedihan...huhu
Iman rilek je dari sampai kt kem sampai nak balik tetap tido...=)

Friday, October 21, 2011

Tercatit 1 Memori

Syukur Alhamdulillah....1 Oktober 2011..satu memori tercatat dalam kamus hidup..satu majlis yang ditunggu2 oleh ciksue,kawan2 dan para yang bergelar Graduan UMP..."Majlis Konvokesyen UMP "..masa raptai untuk majlis ni,MC tu cakap ada 2 majlis yang dinanti2kan oleh semua org.. 
(majlis perkhawinan sendiri & Majlis Konvokesyen)..majlis kawen tu of course la kan,gedikss..hehe...Konvokesyen pun memang ditunggu2 jugak,usaha bertahun2 nak dapatkan certificate bukan senang tau..macam2 cabaran dan dugaan perlu dilalui..sentiasa bersabar dan berusaha itu yang paling penting =)
Sehari sebelum konvokesyen tu,ade majlis makan malam konvokesyen kat Zenith Hotel Kuantan...I like it,hehe..mestilah sukekan dapat makan,hehe..tempat pun cantik..cukup setakat ni je lah citer pasal konvo,nanti boring pulak kan..jom kite cuci mata tengok gambar sekitar Majlis konvokesyen ni.=) layannnnn......












Monday, September 26, 2011

Khas untuk wanita




semalam pergi popular,niatnye nak beli novel....tapi novel yang dicari takde/ kehabisan stok...alang-alang dah ade dalam kedai buku tu ciksue tengok2,tinjau2 buku yang ada kat situ...lepas tu ternampak lah buku yg di atas tu,kecik molek jer size buku tu...
tajuk pun macam menarik je "Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"...ciksue sambar satu buku tu..ni baru nak mula bace..tengok isi dalam buku memang sesuai tuk semua wanita bace..Muhasabah diri...=)

Friday, September 23, 2011

Raya!Raya!

Gambar hari raya...entry ni post gambar je,malas nak mengarang,hehe..=)
ni semua famly ciksue...jom kenal2...
Rumah tok kt bukit payong





Rumah atok kt chendering

Thursday, September 22, 2011

Ape Citer...

....Assalamualaikum....

Hari ni 23 Syawal 1432 masih sempat lagi kan ciksue nak ucap 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"
Lamanya sudah tak update blog ni,dah hampir 2 bulan rasanya tak menconteng kat sini..nak kata ciksue sibuk sangat tak jugak,huhu...banyak perkara yang berlaku dalam masa sebulan lebih ni..biasalah kan dalam kehidupan ni ade citer sedih,ade citer happy...= )

1. Tanggal 1 Ramadhan yg lepas, Atok pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..Semoga Arwah atok ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...Amin.. Sayanggg atok!!!


2. Dapat anak saudara baru...masuk yg ini ciksue dah ade 3 orang anak saudara,yg baru lahir ni baby boy..nama diberi Muhammad Iman Asraff,lahir pada bulan ogos jugak sama dgn mak sauadara dia ni tapi tarikh xsame..hehe..adik Iman lahir pd 08.08.11..sekarang ciksue ada 1 ank sdara ppuan & 2 org lelaki...enrty akan datang ciksue post gambar Iman ye...=)

3. Berhenti keje sbg  pelatih T-Gas kt Pejabat Pembangunan Pertanian sebabnya dapat sambung belajar kt U.M.P....keje kontark je,sampai masanya kene berhenti jugak kan...     
tempohnya yg diberikan sampai hujung oktober ni...banyak benda dapat belajar kt Pertanian ni masuk ladang buah2,sayur..tanam jagung,jumpa dgn petani & byk lg lah..yg paling suke duk kt pejabat ni hari2 dapat makan buah-buahan,jeruk....hehe

4. Raya! Raya! Raya!...Syawal menjelma semua orang suka kn,yelah dapat pakai baju baru
dengan m acam2 gaya,tudung plak pusing situ sini..hehe..tahun ni,raya pertama & kedua raya kt umah tok,semua berkumpul kat sane dan tahun ni beraya tanpa atok....yg pasti jaudah wajib pagi raye mesti ade Nasi Dagang...sedap2!!! =)

5. Come back to UMP....kembali memegang status Mahasiswi UMP..04.09.11...dah nama pelajar baru mesti kene MINDS (Minggu Induksi Siswa)..seminggu jadi budak skema..hehe.


6. Majli Konvokesyen akan tiba 1 Oktober nanti...tiba2 rase macam berdebar2 plak,hehe..seminggu je lagi....

Okey lah...setakat ni dulu citer untuk hari ni..entry akan datang ciksue post gambar2 plak..bye2!!!

Monday, July 25, 2011

Ragam Dan Aksi

Pada 22.7.11 baru-baru ni,rumah nenek sebelah mama ciksue buat kenduri tahlil,majlis buat lepas solat isyak...so sebelah siang memang sibuk banyaklah,hehe..persiapan semua dilakukan oleh anak-beranak sebelah mama..kiranya gotong-royong keluarga,joomm layan beberapa keping gambar...




rendam & cabut bulu ayam kampung =)



Ayahsu & Anaknya









Gulai ayam kampung




sememangnya aktiviti macm ni sangat seronok....=)

Monday, July 11, 2011

M.A.I.D


....Best! best ! lagi best!.....
buku ni ciksue beli kat pesta buku TTC time cuti sekolah hari itu,tapi 3 hari lepas baru habis baca,bukan tak menarik jalan ceritanya,tapi habiskan yang lain dulu yang the best baca last..hehe..
Novel Love story ni memang terbaiklah dari Suri Ryana...
cerita yang romantiks, lucu dan sweet couple la..bile baca senyum jer,dah jadi macam orang gila je senyum sorang2 ni..^_^ cerita yang tak banyak konflik..santai saje bila baca dan tak bosan langsung...



ciksue dah jatuh cinta dengan MR.f dalam novel ni..hahaha..


sinopsis--->> kisah noorul bermula apabila dia bekerja sebagai MAID di golden penthouse harris (Mr.f) Harris ni seorang yang tersangat-sangatlah cerewet,oleh sebab sifat harris yang terlalu cerewet noorul mengelar Harris sebagai "Mr.f" (Mr.fussy), apa yang noorul lakukan semua tak kene...noorul simpan semua note yang Harris tinggalkan di pelusuk rumah..daripada berbalas note,noorul semakin mengenali dan menyukai Mr.f...fitnah yang melanda akhirnya diaorang dipaksa berkhawin..noorul gusar kerana dia tidak pasti samada Harris boleh menerima dia sebagai isteri sedangkan dia hanya pekerja kepada MR.f...noorul  mula berteka-teki siap yang menyebarkan fitnah...siapa yang lakukan?? bolehkah noorul dan mr.f melayari rumahtangga bersama?? macam mane dengan kehidupan noorul dengan mak mertua yang tidak suka padanya?? apa yang terjadi pada nurina dan elisa,mampukah diaorang memiliki harris kembali?? bagaimana pula dengan haikal,adik iparnya yang pernah menaruh harapan pada noorul??....
banyak persoalan disini kan..nak tahu korang kene bacalah.. tak rugi  beli novel ni..4.999 star ciksue bagi....sangat menarik...=)

Friday, July 8, 2011

suka makan coklat...

Semalam lepak dengan mira duk cakap pasal Lesen Memandu ni,maklumlah dua-dua orang ni baru amik lesen ni dalam proses pembelajaran lagi (teruja),hehe...biasalah kalau duk bersembang ni dari satu topik ke topik yang lain...dalam tengah syok cerita pasal lesen ni,tiba-tiba cakap pasal buat kek dan puding pulak,hee...tanya itu ini,dah jadi macam rancangan masak-masak pulak...mira tak puas hati lagi,bawak keluar buku resepi dia..banyak jugaklah resepi kek dan puding yang dalam buku tu..kawan baik ciksue sorang ni (mira) memang suka masak,suka buat kek dan suka makan,haha...harap-harap mira xbace entry ni... @_@

Tengah asyik memgemas rumah pagi tadi daripada menyapu,mengemop lantai,membasuh dan seangkatan dengannya,boleh pulak ciksue rilek kejap,buka laptop dan online kejap surf resepi buat kek...ini semua penangan borak-borak dengan mira cakap pasal kek,hehe..dah dapat resepi apa lagi, terus menuju ke dapur...tapi sebelum tu ciksue siapkan dulu keje-keje tadi tu..baru ni beli bahan nak buat kek batik,tapi cancel balik sebab tengok kek coklat lagi sedap..boleh ke macam tu??haha...akhirnya menjadi juga kek coklat kukus ciksue ni..sape yang suka makan coklat boleh lah try buat,kat bawah ni ciksue bagi resepi..senang saje..
kene tak tajuk kat atas dengan cerita dalam ni,rase macam lari jer...hehe...^_^

Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan
1. 1 cawan susu cair
2. 1 cawan serbuk koko
3. 1 cawan susu pekat
4. 1 cawan gula
5.  Sedikit serbuk penaik
6. 1 sudu asen vanila
7. 1 cawan minyak 
8. 1 cawan tepung gandum
9.  4 biji telur

Cara-cara
1. Bahan-bahan (1-7) kena masak dulu (minyak masuk last sekali) masak sampai semua bahan2 itu sebati.
2. bahan 8-9 perlu dikisar @ nak senag blender saje.
3. last sekali bahan yang dimasak tadi tu diacampurkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi...lepas tu,masukkan dalam loyang dan kukus..kukus selama 45 minit

so,selamat mencuba ye...tata..^_^

Thursday, June 30, 2011

sungguh manis rasanya..


Waktu bekerja hari ini singkat saja sebab kerja separuh hari saja, pukul 3.30 petang dah boleh balik..hari khamis hari paling best kerja =)...tapi hari ini rasa penat sedikit,hari ini ciksue ditugaskan menjaga gerai pameran Jbt.Pertanian sempena karnival pekan budaya bersama2 dengan kak tie...eh,eh, tersasul cerita pasal pekan budaya pulak..yang itu kite bercerita di entry yang akan datang ye..insyaAllah... =)


oppss,apa yang rasa manis tu...al-kisahnya disini, semalam masa duk kat ofis tu sempat lagi ni ciksue surf macam2 gambar makanan kt internet,sebenarnya tak ada motif apa-apa pun surf semua2 tu just nak cuci mata dan tengok cara2 nak masak je,hehe...padahal pada hari itu ciksue puasa =)...tengah2 duk surf tu,ciksue tertarik dengan gambar puding sambil berkata2 dalam hati "macam sedap je ni,buat buka puasa lagi sedap ni"....kuasa kerajinan semalam bertambah2 dengan tiba2,balik kerja duduk rehat sekejap,solat & terus dengan misi yg berkobar2....akhirnya siap juga puding karamel...berbuka puasa bersama puding karamel...manis & sedap!! =)

 
Resepi Puding Karamel

2 sudu makan gula
7 biji telur gred A
1 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu teh asen vanila

cara


1.Sediakan periuk pengukus  diatas api dapur
2.Masukkan gula didalam loyang/kuali dan panaskan di atas api dapur,dalam masa lebih kurang 2 minit. kacau gula itu sehingga bertukar warna kuning keemasan(jgn terlalu hangus) angkat dan ketepikan.
3.Pukul telur  dan masukkan susu ,air dan asen vanila. kacau sehingga sebati semua bahan2 tadi (jgan kacau terlalu kuat)
4.Tuangkan bancuhan telur tadi kedalam loyang yang ada gula hangus dan kukus.
5.Masa kukus lebih kurang dalam 20 minit..lepas tu angkat dan telangkupkan di atas pinggan,potong dan sejukkan sebelum makan.


-Selemat Mencuba-

Monday, June 13, 2011

Pesta Buku



Pesta Buku ni anjuran Negeri Terengganu yang berlangsung di Terengganu Trade Center (TTC) selama 7 hari (9 jun-15 jun 2011)..


hari sabtu baru ini (11 jun 2011) ciksue sempat juga pergi pesta buku dengan family..masuk je kt dalam,wahhh..banyaknya buku, kiri kanan depan belakang semua buku..yelah kan nama lagi pesta buku mesti banyak buku apalah ciksue ni,mengarut jer...hehe..masuk kat pesta buku ni,tengok buku saja tak best paling kurang pun dapat beli satu jadilah..alang-alang dah sampai kt pesta buku ni,ciksue cari jugalah buku/novel yang dicari selama ni..ada pun=)
3 buah novel sekali beli,hehe...yang 2 buah tu daripada Kaki Novel,yang tu memang dah lama ciksue cari,akhirnya dapat jua kumiliki..memang belanja sakan tidak mengapa asalkan berbaloi...@_@ 


Tuesday, June 7, 2011

Cuti Sekolah Musim Orang Khawin


Assalamualaikum.... =)

Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan ke-6  dalam tahun 2011 ni..sekejap saja kan dah masuk pertengahan tahun. Sekarang musim cuti persekolahan, bila musim cuti sekolah maka ramailah  yang ambil kesempatan buat kenduri khawin. Masa kenduri inilah dapat kumpul dengan famly dan jumpa saudara-mara kan..Bulan ini cuti sekolah lebih kurang 2 minggu, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada majlis perkhawinan..dalam sehari tu ade lebih kurang 2-5 majlis khawin,memang makan daging sajelah 2 minggu ni...hari ini pun ade lagi majlis khawin kt rumah jiran.."majlis sambut menantu".

Gubahan sirih drp sue & mama



Gubahan sirih diatas tu untuk majlis khawin “adik ipar ” mak saudara ciksue..gambar diatas blur sikit...gubahan sirih tu hasil tangan daripada mama,makcik dan ciksue..nama tuan punye blog ni pun nak masuk jugak kan,hehe...hasil sepenuhnya ialah mama yang buat,ciksue Cuma tolong² saja..rup-rupanya tuan blog ni ada bakat jugak dalam gubahan (puji diri sendiri) *_^...




Monday, May 23, 2011

bila sudah kemaruk dengan drama korea...


~ Bila cerita je pasal drama korea..pasti ramai yg minat tonton kan..
macam-macam drama, talk show & variety show korea yang ade..
kenapa tiba2 kita cite pasal korea ni...
sebab peminat cerita korea ada disni..hehe =)
dulu memang suke tgk drama korea ni,tapi tgk2 macam tu je la...
tapi sekarang dah jadi peminat setia drama korea ni..
bukan setakat drama je, yg lain pun masuk...
ni antara cite yg ciksue tengok(wajib tengok)..@_@




Three Sister

Glass Castle

Running Man (paling best!!)

Strong Heart

Thursday, May 19, 2011

JuaRa CaRta CiNta


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia =)

~ Entry kali ni ciksue nak citer cikit pasal novel yang ciksue dah bace...
rasenya dah lame x post cerita pasal novel2 ni..
novel yg nk citer hari ini ialah "Juara Carta Cinta"


citer ni sangat menarik jugak...ni kisah kejiranan yg gila, kelakar dan kadang2 tu serius jugak..dimana heroin citer ni (Maya) hidup berjiran dengan bekas pakwe dan bekas tunang dia...Maya ni jugak seorang penulis novel dan ade sebuah kedai yg jual cenderamata....jiran sebelah kanan bekas kekasih (haqiem) dan jiran sebelah kiri pulak bekas tunang dia(adnan)...dua2 jejaka ni berusaha nak kembali semula kt Maya...si Haqiem buat macam2 cara nak dapatkan semula cinta Maya ,manakala si Adnan juga nak menyambung kembali ikatan pertunangan yg putus dahulu ke ikatan yg seterusnya setelah mengetahui ade kekurangan pada isterinya...dalam pada haqiem dan adanan berlumba-lumba dan berusaha untuk memikat kembali cinta Maya, muncul pulak seorang jejaka (Haiqal) yg tidak pernah Maya ketahui namanya..Haiqal seorang yg pandai berkata2, low profile dan kaya dengan teori...membuatkan hidup Maya jadi kacau bilau dengan kehadiran 3 orang jejaka dalam satu masa...nak tahu
siapa yang berjaya jadi juara carta cinta Maya?
yang kiri? yang kanan? atau yang byak dgn teori?
korang bacelah sendiri..memang best dan tak rugi beli... =)
yang pasti cover novel ni cute kan...ade teady bear...

Dalam dunia realiti ni pernah ke terjadi hidup berjiran sebelah kiri dan kanan bekas kekasih dan tunang...segala-galanya tiada yang mustahil kan...renung-renungkan..^_^

~ happy reading~

Thursday, April 28, 2011

Anugerah Allah

Assalamualaikum.. =)


wahh...sudah lama x upadate blog ni,kesibukkan yang melanda diri..laman sesawang dah bersawang rupanya..eh,ade kene mengena ke dengan tajuk diatas...hehe..
okey,entry kali ini ciksue nak cite tentang Anugerah yang tak ternilai harganya..apakah itu??? pada 16 April 2011 yang lalu kakak sulung (kaklong) telah selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 12pm dan diberi nama "Muhammad Adam",baby Adam anak kedua kaklong..yang sulung adalah perempuan(Nurin) dan hari ini usia Nurin cukup 2 tahun..
sekarang ciksue sudah ada dua orang anak saudara,sorang lelaki dan seorang perempuan dan kini tambah sorang lagi ahli keluarga baru dengan kehadiran Adam..Insyaallah hujung tahun ini tambah lagi sorang....^_^ makin ramai makin meriah.....=)

Muhammad Adam